Thursday, October 6, 2016

Bahulu Kukus

assalam....

bila anak dah pandai minta makan, mulalah otak menjelajah nak masak apa untuk dia
si naufal ni nampaknya suka makan kuih...selalu dia akan tunjuk atas meja, dan sebut kek atau kuih wpun xde apa2 pun atas meja

kena rajin bereksperimen la skang, walaupun dia makan tak banyak, tapi buat juga la kekadang 1/2 adunan ja...
kalau tak pun, hakak beli je la kuih2 frozen...


cantik lak kejadiannya...saja bermain dengan warna
hakak guna acuan puteri ayu, dan warnakan seakan tembikai
naufal pun mkn byk juga, mungkin tertarik pada warna

rasanya seakan apam susu atau apam polkadot tanpa filling
ringan2 je rasaya...xmuak
guna je acuan apa yang ada...
kalau xnak warnakan pun tak pe..atau cuma warnakan 1 warna sahaja



Bahulu Kukus
-cida de'nuanza-

Bahan2:

5 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 Cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila

(putar bahan di atas sampai kembang gebu dan memutih- dalam 5 minit guna mixer)

1 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 Cawan minyak

Lepas bahan tadi gebu, masukkan tepung berselang seli susu. Mixer low speed.
Akhir, masukkan minyak. Sebatikan
Kukus selama 15 jika guna acuan kecil dan 30-40 minit jika guna loyang

============================

Untuk dapatkan warna tembikai, bahagikan 3 bahagian. 1 bhgn merah lebihkan. Lagi 2 bahagian sedikit sahaja untuk warna putih (warna asal) dan hijau

Jika guna acuan kecil:

Sudu kan warna merah dalam acuan 1/2 acuan. Kukus 3-4 mnt agak2 adunan mula mengeras. Perlahan2, sudukan warna putih. Sedikit shj. Kukus lg dalam 3 minit.. Kemudian warna hijau juga sedikit. Kukus 10 mnt atau hingga masak.

Jika guna loyang:

lapisan pertama dan kedua 10 mnt, lapisan akhir 20 minit



1. Sapu minyak pada acuan / loyang
2. Adunan merah - kukus 4 mint
3. Adunan putih - kukus 3 minit
4. Adunan hijau- kukus 10 mnt




No comments:

Post a Comment