kawan2 blogger ku (

Friday, June 18, 2010

kek carrot walnut / walnut carrot cake


salam....
ari ni kita mkn kek keret yer...
ni kali ke berepa ntah aku wat
tp kali ni aku rasa de best...sedap letak kekacang tu
cuma masa cari walnut ari tu, x de lak, so, aku ganti ngan hazelnut
x mengecewakan...
jom rasa.....
resepi yg mudah...berkembang biak dgn jayanya dlm dunia blog..dr satu dapur ke satu dapur
cuma aku kurangkan sukatan gula sbb x suka manis sgt
melalui pengalaman x seberapa ni, kek carrot kena bakar sekurangnya sejam- 1 jam suku
biasa kalau 45 mnt pun dh ok kan..tp carrot ni kan agak lembab
so, pastikan tambah skit tempoh 'pembakaran' tu
kalau tak, tgh2 nya mcm lembab sgt x berapa elok...
anyway..resepi ni amatlah sedap...
sukat betul2, ikut cara betul2..gerenti jd

yg penting bab telo putih tu..kena pukul sampai jd membeku..(ditonggang x jatuh)
pastu gaul kaup blk ala kadar sekadar rata..terus bakar...


pastu pas bakar, biarkan telungkup..tunggu sejuk baru kuarkan dr loyang
sbb kek ni agak mudah relai kalau diketuk2..dipaksa2 kuar dr loyang..

sekian...



CARROT WALNUT CAKE
Sumber: Sifu Suria

Bahan-bahannya:


4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm) aku lak boh 100 g je..dh cukup manis dah----> nuanza
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum

1 teaspoon sudu teh serbuk kayu manis x boh---->nuanza
1 1/2 suduteh baking soda aku boh 3/4 sudu je ----->nuanza
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh baking powder

100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- - aku guna hazelnut---->nuanza

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah i
si lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun

tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Frosting - aku x wat pun--> nuanza
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :

Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

Remarks: Tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan...
.

4 comments:

nOOrsha said...

fuhh...menggoda tol keret kek ni...sedap tu ade kekacang lagi.... nak wat malasla plak...wat muke x malu jerla mintak kat nuanza..hihi

nuanza said...

ehehehhe...leh je noorsha...jemput le ke umah... huhuhuh

JaSSNaNi said...

sedappp nye... nak sket leh??
(nak wat malasss.. :D :D)

rose@ila said...

as salam
saya pon dah try wat kek karot tapi dgn cara yg len cket/lebih cikai compared to nuanza's tapi bole dikategorikan sedap(wahhh angkut bakul sendiri). nt i upload i bgtau

jejak

free counters