kawan2 blogger ku (

Wednesday, September 29, 2010

nasi ayam penyet




n3 ini di copy paste kembali dari fotopages ku..

menu yg biasa aku lihat aje..nasi ayam penyet..
wat 2 3 hari lepas utk clearkan stok ayam kt umah
tgk kat umah kekawan fp, ramai dah dok cuba
kali ni baru aku rasa nk mencuba
ada kelainan skit pada rasa ayam

nasinya sama je mcm nasi ayam biasa
sup pun sama je

tp aku paling suka rasa cilinya...
aku perah 1 biji limau kasturi bg rasa masam2 skit
kat bwh ni aku sertakan resepi ayam penyet yg aku dpt dr internet
sama je mcm yg kekawan buat

tp nasinya aku wat mcm nasi ayam biasa tu...

Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – (aku guna yg serbuk)
½ sudu besar Jintan Putih – (aku guna yg serbuk)
3 sudu besar Biji Ketumbar –(aku guna yg serbuk)
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal-(aku wat separuh je...byk sgt)

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis- yg ni aku lebihkan
3 sudu gula merah/secukup rasa- aku kurangkan, x mo manis sgt
2 biji liamu kasturi ambik jus- aku guna 1 biji je sbb wat separuh

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng- aku x letak pun

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.

No comments:

jejak

free counters