kawan2 blogger ku (

Monday, June 11, 2012

gulai kawah di dalam periuk

assalam...

malam ni mengupdate blog sambil layan mentor akhir..
aku ni bukan layan sgt mentor2 ni..tp sbb akhir, ku layankan jugak la..hehehe...

masa g k4, aku tercari2 tulang rusuk sbb terasa sgt nk mkn sup tulang...
tp xde lak..selalunya ada je sepah2 bila aku x nk beli...

dlm kehampaan, aku belek2 deretan daging2 yg dh siap di potong...
ternampak daging cincang atau kalo utara panggil daging rincik...

trus terbayang kari daging...
kalo guna daging cincang ni mmg best sbb ada urat2..lemak2...
aku capai le sepekat...pastu trus g beli bahan2 utk wat kari...

bila sampai umah, tergerak lak nk cuba buat gulai kawah versi pantai timor...
sebenarnya x byk beza pun antara kari daging utara style dgn gulai kawah ni...

tp gulai kawah ada menggunakan gula kabung dan bahan2 rempahnya pun ada sedikit perbezaan...



masa gulai ni tgh mendidih, bau wangi sgt..
sbb ada penggunaan kerisek..mmg membangkitkan bau....

resepi kali ni aku ambil dari blog Cik Mat Gebu
tp katanya cik mat, resepi ni di ambil dari resepi Chef hanieliza...
utk sesuaikan ngan tekak, aku kurangkan dan tambahkan skit beberapa bahan

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram daging (mat guna daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan- aku guna daging cincang
2 camca besar kerisik (letak sikit, sebab dah habis)
2 cawan santan pekat- aku letak 1 cawan je
2 camca besar gula melaka (mat letak 1)- x letak sbb x suka manis
2 keping asam gelugor
3 biji kentang, belah 8 setiap satu
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas- aku guna 3 sudu cili kisar je
1 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah babas)- aku guna 1 peket kecil
1 camca teh jintan manis
1 canca teh jintan putih
7 biji bawang merah
1 biji saiz sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air. (aku rebus agak lama sbb guna daging cincang sblm ke cara no 2)
  2. Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih....




sedap kalo wat agak pekat2 skit...
pastu kalo x abis leh buat cicah roti..hehe

2 comments:

blogtilldrop said...

huyooo..sedap mata memandang sedap lagi lidah merasa...

Tina Othman said...

salam cida

sedapnya

jejak

free counters