kawan2 blogger ku (

Saturday, May 4, 2013

Kek Keju Sponge

assalam...

syahdu betul update blog tgh2 mlm..huhu
tp time2 ni je yg berkesempatan....

dh masuk ari sabtu...bahang pilihanraya makin di kemuncak
selamat menunaikan kewajipan masing2
aku mengundi di putrajaya je...

x sabar nk tgk 'warna' putrajaya lepas 5 mei
samada hijau atau biru...huhuhuhu
undian aku? tpaksa le rahsia, kang ada lak yg boikot blog ni lak..hihihihihi
ok2...x suka pun nk ckp pasal undi2 ni...hak memasing...

so, kembali le pd dunia dapur...lebih menenangkan.. :-)


tekstur kek ni sgt gebu...
dh nama pun kek sponge kan...
terasa2 kejunya tp x terlalu berat
mmg sedap di tekak...

KEK KEJU SPONGE 

Bahan-bahan 

  • Bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar 
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung naik sendiri
  • 20g tepung jagung

  • Bahan B:
  • 120g gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan tersebut. Kemudian, campurkan tepung naik sendiri, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 . Lepas tu, masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk .
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B dan gaul smpai sebati. Sediakan berukuran 8 inci, lapik loyang dengan kertas minyak termasuk di bahagian tepi loyang. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek anggaran 1 jam, menggunakan kaedah bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 
* bain-marie- isi air dlm loyang berasingan. letakkan di bahagian bawah rak pembakar. Pastikan air di dalam loyang di panaskan terlebih dahulu sebelum meletakkan loyang yg berisi adunan kek ke atas rak pembakar.

**sblm bakar, leh piping ngan filling blueberry, strawberry atau apa2 perisa yg digemari... nk biar plain pun xde hal...masukkan filling dlm piping beg, gunting hujungnya (lubang kecil je) paipkan atas kek ikut corak yang disukai...



7 comments:

Bbwana adienia said...

salam..

wah..nampak sangat gebu la kek keju tu..

Anonymous said...

Salam minta izin ambil resepi ini dan hallalkan semoga di murahkan rezeki Timakaseh banyak

Hafizah Mohamad said...

Selamat mengundi...pilih yg terbaik yer...he he he...sedapnya tgk kek tu...dan2 jadi lapo la pula...=)

Nurul A said...

Salam. Gebunye kek ni. Kalu chill kan, lagi sedap tak? Saya suka jenis yang boleh chill mcm cotton cheese cake tu.

Tina Othman said...

Adou sedapnya, kena tunggu cheat day nak buatlah

Noor Azwah said...

suka tgk kek nie nmpk gebu...minta share yea reseipi nie..minta halakn..mudah2an murah rezeki..amin

uzair hachiko said...

Knape xleh dibaca ye resepinya

jejak

free counters