kawan2 blogger ku (

Sunday, July 7, 2013

Kek Mango Fresh Cream

assalam...

hari minggu ni, leh masuk n3 laju2..hahhaha
sbb nk habiskan stok gambar yg berkurun

kek mangga ni dh lama buat
senang n sedap dilayan..hihi




nk buat senang je...
cuma sediakan sebiji kek span vanila

resepi aku ambil dr blog Cik Mat Gebu  kat SINI

BAHAN-BAHANNYA :-)

160 gram gula halus

15 gram ovallate

5 biji telur gred B

125 gram tepung gandum*

1 camca teh baking powder*(*diayak)

1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)



CARA MEMBUATNYA :-)


Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.


Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.

Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. 



Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.



Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...







1)bila kek dh sejuk, belah tgh jadikan 3 keping



2) sapukan filling mangga pd setiap lapisan (filling leh beli di kedai bakery)

3) paipkan fresh cream juga pada setiap lapisan

4) cantumkan ketiga2 lapis

5) sapukan fresh cream pada seluruh kek dgn kemas

6) hias mengikut kretiviti


utk fresh cream:

300 ml non-dairy whiping cream (aku guna jenama RICH)

- pukul whiping cream sampai kental 
bila cream dh kental dan x tumpah bila diterbalikkan, dah siap utk digunakan
sediakan dgn cepat sbb fresh cream mudah cair pada suhu bilik

simpan kek yg telah siap di hias dalam peti sejuk


**maaf aku x dpt ambil pic slps dipotong sbb kek ni aku siapkan 

utk tempahan customer



10 comments:

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said...

mcm dh di rancang la plk...
sama2 tayang kek guna fresh cream..
huhuhuu...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Amboi cida...menggancam....

Kak Nita said...

kemass deco tu...mesti sedap tu...

fazianbatrisyia said...

Aduyaiiii...sedapnya...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu dikk...
kat rumah akak mcm2 filling ada.. tp beli utk buat apam polkadot je.. jarang2 buat kek.. kalau buat pun utk order.. hihi..

OKje said...

Jarang buat kek Cida...sebab mesti tak habis nanti tu yg bertambah tambah malasnya hehe

rahel said...

Weee waaaaa weeeee....ngancam...leleh liur makcik...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Cantik keknya cam syg lak nk makan :)

Acik Erna said...

pandai cida buat..kalau acik meang kalah bab buat2 macam ni

jejak

free counters