Assalam....
Demam cheese kut melanda kami di opis...
Walhal benda alah ni bukan la baru popular...
Cuma mungkin di popularkan kembali oleh kami kat opis..
Bila uploadkan di fb...xsangka ramai yg teruja sama...
Jumaat lepas...alang2 rehat yg panjang...kami penuhkan masa dgn lepak di pantry sediakan cheesekut bersama2... Asalnya 5 org...dh tinggal ber3 sbb lg 2 org ada hal...
Aku kongsikan gambar langkah demi langkah. Mana tahu...ada adik2 yg nak cuba buat...
Yg dah mahir, intai saja ye...
Resepi dan bahan yg super simple....
1/2 tin susu pekat manis (kurangkan)
250 g cream cheese tatura
susu segar
biskut crackers
nestum (+) milo - gaul2kan
1. Masukkan 250 g tatura cream cheese ke dalam blender
2. 1/2 tin susu pekat manis. Kami cuma letak 1/4 sbb xnak manis sgt.
3. 2-3 sudu fresh milk
Blend bahan2 tsebut sampai sebati berkrim...
4. Utk melapis...kita perlukan sepeket biskut crackers apa2 jenama...
Kami guna hup seng. Utk langkah pertama...tuang sedikit fresh milk dlm mangkuk.
Ambil sekeping biskut, celupkan ke dalam susu. Tak perlu sampai lembut..cuma celop sekejap je...
Letakkan dlm apa2 bekas... Kalau bekas besar, penuhkan lapisan pertama dengan biskut..
5,6,7,8- lapiskan 1 sudu cream cheese pastu tabur nestum
ulang langkah ini hingga 3-4 lapisan
(biskut, cream cheese, nestum)
pastikan lapisan terakhir adalah cheese yg ditabur nestum
jgn plak tetiba biskut crackers lak kat atas...
9 comments:
senang je kan buat cheese kut ni.. hihi.. saya suka letak anggur, peach, mangga (potong-potong kecil) atas cheese kut tu bila nak makan.. :)
kecur air liuq tgok cheese tu...
wah, bestnya kerjasama buat cheese kut ni..bagus2..hihi tapi memang sedap ni..kalau makan x cukup sekontena kecil tu..huhu
bt kt opis beramai2 ek... syok jugak tuh... sama2 dpt merasa
glemer sekarang ni..budak2 pasti suke..
Menyelerakan! Mohon share resepi ni ye admin..
Jemput ke blog saya :
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)
Salam..boleh tahu utk 250g cheese dpt berapa bekas 4 segi kecil tu ye? Tq
Salam..boleh tahu utk 250g cheese dpt berapa bekas 4 segi kecil tu ye? Tq
Salam..boleh tahu utk 250g cheese dpt berapa bekas 4 segi kecil tu ye? Tq
Salam..boleh tahu utk 250g cheese dpt berapa bekas 4 segi kecil tu ye? Tq
Post a Comment