kawan2 blogger ku (

Tuesday, November 11, 2014

Kari Tulang

assalam....

''makan hati berulam jantung
makan tulang berkuah sup''

hihihihi....aku suka sangat sup tulang
kalo makan kat kedai, selalu order sup tulang
sbb aku jarang buat kat umah
walaupun senang, tapi ambik masa agak lama nak merebus tulang
mana sempat kalo nak wat lepas balik keje...

baru2 ni aku beli tulang...
niat hati nak buat kari
sup dah selalu sangat dah
awal2 dah pesan ngan mak..mintak tolong rebuskan tulang
so, aku balik keje, terus leh mengkari
sian lak kalo nak suruh mak masak...
nak handlekan budak kecik tu lagi

balik je keje, tgk tulang dah direbus...so, terus la aku masak...


ader sesapa terliur?
gi le masak sendiri..keh...keh

Kari tulang lembu
-cida denuanza-

bahan2:

1 kilo tulang lembu- direbus empuk
2 biji tomato
2 biji cili merah
1/2 cawan santan- sederhana pekat

bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
sedikit halia
2 peket rempah kari daging
(campurkan semua, kisar hingga sebati)

bahan tumis:
1 tangkai daun kari
sedikit buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 biji bawang besar / 2 ulas bawang merah (kecil)- dihiris
2 ulas bwg putih- dihiris

cara:

panaskan 1 senduk minyak dalam periuk
masukkan bahan2 tumis hingga naik bau
kemudian masukkan bahan kisar
masukkan tomato dan cili merah
kecilkan api, biar hingga rempah masak dan garing

pastu masukkan tulang, santan, sedikit pes asam jawa, garam dan perasa
adunkan rasa ikut citarasa masing2

(boleh tambah kentang jika suka)



1 comment:

norhidana miswan said...

sedap tuh.... bg banyak skit rempah biar lg semerbak harum kari tuh

jejak

free counters