kawan2 blogger ku (

Friday, February 19, 2016

Karipap kentang


assalam..


Saya mmg peminat karipap. Tp jarang sgt saya beli karipap kat luar. Sbb kebanyakannya guna keledek. Tapi saya suka karipap kentang. Setakat ni, saya hanya sukakan karipap yg mak saya dan mak sedara suami (mak ndak) sy buat. Kedua2 menepati selera saya... Sy xsuka karipap manis.. Xsuka karipap yg berminyak... Xsuka karipap yg guna cili boh.. Saya punya suka la kan... Tekak saya.. Hahaha

Dahulu masa sekolah, bila buat karipap, mak saya yg masakkan inti dan buat doh. Saya hanya mengelim. Skang bila dah jauh dr mak, sy mmg xreti sgt buat doh. Tp sy cuba buat juga..

Dah nak mkn kan. Mmg susah nak dpt rasa yg sama mcm mereka ber2 buat... Cuma ia lebih baik la drpd beli...

Lagi satu, di kala ramai dok belajar buat karipap pusing, sy mmg x ambik port. Saya xsuka sbb karipap pusing yg gunakan 2 jenis doh agak muak bg sy. Citarasa masing2 kan...

Mgkin la satu hari, kalau sy buat, cuma sekadar nak ambik pengalaman memusing karipap je la...


Wpun ia bukan karipap terbaik, tp terbaik la dr tgn saya. Saya mak budak yg masih belajar. Saya kongsi kan juga karipap cara saya...

Tapi maaflah, x dpt sy nak snap pic betul2 ikut step2.. Susah nak ambik pic sambil buat...













Utk inti, saya gunakan 4 biji kentang, 2 ketul dada ayam, 1/2 peket serbuk kari ayam, 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, kayu manis dan bunga lawang


1. Tumbuk kedua2 bwg. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, bunga lawang dan kayu manis.


2. Bancuh kan rempah kari dgn sedikit air. Masukkan dalam tumisan


3. Masukkan kentang yg dah potong dadu bersama isi ayam yg dicincang


4. Tambahkan 1 cawan air, kecilkan api.. Biarkan hingga kering sambil kacau2 sekali sekala.. Bila air kering, tp kentang lom empuk, tambah air dan biarkan kering... Tambahkan garam. Saya tambah kiub ikan bilis

Kalau suka, leh tambah cili api. Sy xleh buat pedas, nak kongsi ngn anak






Utk doh, saya gunakan 3 Cawan tepung gandum, 1/2 Cawan Minyak masak, 1/2 sudu teh garam halus, 1 Cawan Air sejuk dari peti ais


1. Panaskan minyak. Sambil tu masukkan garam dalam tepung, gaul sebati. Bila minyak dh panaskan, curahkan dalam tepung. Biar suam skit, gaul2 kan guna hujung jari bg jd mcm serbuk roti


2. Tambah air, sambil uli2. Biasanya tak habis secawan. Sy guna dalam 3/4 ja.. Kena agak2 la.. Bila dah jadi doh, dah ok.


3. Masukkan doh dalam plastik. Sambil2 tumbuk2 skit. Pastu biarkan dlm 15 mnt. Bg doh berpeluh skit. Nti doh akan jadi lembut dan elastik. Canai kan nipis, terapkan bulat guna muka gelas pun boleh. Atau canai kan, masuk dalam acuan. Saya lebih suka kelim sendiri.


4. Sapu minyak dalam bekas yg nak isi karipap tu.. Atau lapik plastik.. Atau tabur tepung. Goreng dengan api panas tp kecil.

No comments:

jejak

free counters