kawan2 blogger ku (

Wednesday, October 12, 2016

Agar-agar santan gula merah



Assalamualaikum


Agar-agar santan gula merah

Pertama kali hakak buat agar-agar ni dulu, x menjadi layernya. Bolehlah nak mkn tp x cantik rupanya.

haritu buat lg sekali sbb anak hakak suka mkn. Alhamdulillah. Senang sgt. Kalau ikut betul2, konpem leh jadi...




******************************

Step 1
=====

Masak 3/4 cawan gula merah, 1/2 cawan gula pasir bersama 1 liter air (lebih kurang 5 cawan)
Masak hingga gula larut dan mendidih. Tutup api kemudian tapiskan ke dalam periuk lain.

Step 2
=====

Masak kembali air gula tadi bersama Sepeket serbuk agar2
(biasanya yang dalam peket 10 g atau kalau yang 11 atau 12 g pun masih boleh) masak hingga mendidih dan agar2 larut

Step 3
=====

Masukkan 1 1/2 cawan santan + secubit garam. Boleh gunakan 1 kotak santan kecil + 1/2 Cawan air. Masak hingga mendidih api besar. Sentiasa kacau agar tak meruap. Santan yang mendidih ni nampak mcm berbintik2. Tutup api
(yang penting, biarkan mendidih betul2 sebelum tutup api)

Step 4
======

Masukkan adunan dalam loyang @ acuan. Biarkan sejuk dan mengeras sebelum masuk ke dalam peti sejuk


senang je kan nak buatnya...
jom le...takkan nak tengok je kan..hihi




1 comment:

norhidana miswan said...

cantik betul kejadian agar2 nih

jejak

free counters