kawan2 blogger ku (

Wednesday, October 12, 2016

Kuih Lapis Pandan Ros

assalammualaikum


Kuih Lapis Pandan Ros


Sejak kebelakangan ni, hakak memang suka sangat buat kuih2 dalam bekas kecik2 macam ni. Bukan apa, kalau dalam loyang, lama pula nak tunggu kuih sejuk sebelum boleh potong



Untuk hasilkan kuih2 talam macam ni, hakak lebih suka gunakan santan fresh yang diperah sendiri dari kelapa parut berbanding santan kotak atau santan siap perah. Hanya tepung, gula dan santan, dapat hasilkan kuih yang sedap dan beraroma hasil dari santan.
================================



~Resepi Kuih Lapis Pandan Ros ~

Bahan2


2 cawan tepung beras
1/2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan tepung jagung
1 Cawan gula
3 Cawan santan
2 cawan air
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau
Sirap ros

Cara:


Untuk hasilkan 3 Cawan santan, kisar kelapa parut dari sebiji kelapa + 3 Cawan air suam. Kemudian tapis untuk dapatkan santan.

Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan perisa ke dalam pengisar. Kisar sebati.

Bahagi kepada 3 bahagian

1 bahagian warna asal
1 bahagian warna ros
1 bahagian warna hijau + perisa pandan 1 sudu teh

Jika menggunakan loyang:


Gunakan loyang bersaiz 8"
Sapu minyak pada loyang
Anggaran 1 senduk bg setiap lapisan
Kukus setiap 1 lapisan selama 10 minit dan lapisan akhir 20 minit


Jika guna acuan kecil:

Sapu minyak pada acuan
Anggaran 1 sudu besar atau kurang mengikut saiz acuan
Kukus setiap lapisan 3-4 minit dan lapisan akhir 10 minit


No comments:

jejak

free counters