kawan2 blogger ku (

Monday, October 31, 2016

Penkek (pancake)



Assalamualaikum

Penkek ni antara feveret anak hakak. Secara tak langsung, ia jadi feveret hakak juga la.. Sebab senang sangat nak buat. Tambah2 bila kelam kabut pagi2 nak sediakan bekal.

Mungkin anda juga boleh buat untuk sarapan





Penkek

Olahan semula : dari dapur nuanza


2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur saiz A
1 1/2 cawan susu segar/uht
5 sudu besar gula
4 sudu besar minyak masak

Cara:

Campurkan semua bahan dalam Blender. (masukkan tepung paling akhir dalam blender bg elakkan tepung melekat pada bahagian pisau pengisar) kisar semua bahan hingga sebati

Guna pan tak melekat
Oleskan sedikit minyak guna tisu dapur pada sesi pertama sahaja. Penkek seterusnya xperlu oles minyak dah.

Masukkan 1 senduk adunan dalam pan yang telah panas. Biarkan nampak bintik2 lubang. Kalihkan dan biar bahagian bawah masak.

Guna api kecil sahaja

Boleh hidangkan bersama mentega / Nutella /madu/ jem/ mentega kacang


berbeza kan gambar yang diambil di luar rumah dan di dalam rumah...pic atas ambil kat balkoni
yg bawah ni ambil dr dalam rumah...

penataan cahaya sangat penting semasa mengambil gambar
hakak lebih sukakan cahaya matahari..cuma, hakak masak pun biasanya dah malam..
redha je la ambil gambar dalam rumah dengan cahaya kalimantang...huhu

5 comments:

norhidana said...

sedapnya mkn panas2
tp jarang sgt akak bt... kt umah tu takde yg minat sgt...
sume suke makanan berat trs

jamilahamzah said...

sedapnya..

PH said...

Sedap ni tapi PH jarang buat sebab sorang jer makan.

JaSSNaNi said...

uihhhhh, makanan omputih ni..

Olin said...

bestnya. olin suka gak dulu buat tapi dh ada anak dua ni jarang pulak nak buat. huhu

jejak

free counters