kawan2 blogger ku (

Thursday, August 26, 2010

strawberry rosetart


salam... 1 lg kukis dari dapurku..huhuhu best thn ni sbb aku x menjual so, byk masa utk aku cuba resepi biskut yg x penah aku wat
aku guna jem strawberry sbb tu je yg ada kt kedai bwh umah aku..keh..keh.. ternampak biskut ni cute je kat umah cik mat gebu yang katanya diambil dari rumah mamafami
tp bila aku wat x le secute derang buat..huhuhu...
tgn agak tidak berseni hookeyy..
apepun, dr segi rasa, aku suka, biskut ni jenis gebu mcm tat nenas..
n rasa masam manis jem tu wat aku x sedar 2-3 ketui masuk mulut...



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan butter- lebih kurang 4 sudu besar
3/4 cawan gula aising, ayak- aku guna 1/2 cawan ja

1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)

1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya

Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-)

  1. Pukul mentega, dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
  3. Sapu dengan sedikit jam strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


4 comments:

MamaFaMi said...

Salam Cida. Comel dah tu rose tartnya. Kalau nak lebih comel, mama rasa, canaikan sedikit nipis lagi. Jadinya, bila dibentuk, nampak lebih terserlah kelopaknya. Tapi nak buat bendaalah ni, jenuh juga kan. Hehe..

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

huwaaaa....!!! takutnya tuan resepi dtg komen..ehehehheheh...akan diimprove skillnya nti...thanx mamafami

Rahim Jidin said...

Strawberry Rosetart.. kali pertama jumpa tart ni.... Apa kabar tart? :D

Hayati said...

Very creative recipe....nanti saya cuba, tq sebab dah kongsi recipe. Saya masih banyak strawberry jem lepas buat biskut buah kana....tak tau apa nak gune...Tq dear.

jejak

free counters