kawan2 blogger ku (

Wednesday, February 23, 2011

senggugut lagi! lagi2 senggugut!


as'salam...

huh...topik ari ni agak kewanitaan ok..
tp x salah kalau lelaki terbaca sbb korang akan atau telah jd suami gak kan...
dan korang juga x kan terlepas dr kena tlg beli ' tuala kewanitaan' kan..kan..huhuhuhu

bila period je mesti aku senggugut...
bila senggugut je mesti la masa aku period...
x leh nk lari atau elak dah...
sakitnya lak gila2..tambah2 time pg2 buta tu...
bila dh tghari ok skit..pastu bila mlm nk tdo, mesti la huru hara jdnya
siap lapik bantal kiri kanan, bwh kaki, bwh peha..
motif??? kononnya nk selesakan diri dr rasa lenguh2 yg menyegat...(lebih teruk dr rasa di sengat penyegat!)

org kata, remaja mmg kerap diserang senggugut...
aku remaja?? ye kot 10 thn lepas...
skang aku dh tua ok..tp senggugut masih mahu bermanja ngan aku...
tu kes masa terjadinya period...
masa belum period pun, dh mcm2 jadi...(atau org panggil PMS)
cthnya:

  • kembung perut (bukan buncit ye..tp perut rasa berangin)
  • Kejang perut (rasa di sekitar ari2)
  • Payu dara bengkak atau sensitif (yg ni mcm acara wajib dah ni)
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)- murung
  • Masaalah tidur (insomnia)- berjaga sampai pg
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat- mcm nk gila bila jerawat ni tumbuh kt tempat yg x sepatutnya
  • Hayunan perasaan (Mood swings)- kekadang rasa nk lempang org yg byk bercakap
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
x semua tanda2 ni muncul kat aku, tapi hampir semua!!!

bila tiba hari pertama period, semua tanda2 kat atas akan makin hilang tp digantikan dgn sakit perut yg mencengkam kalbu dan sanubari...

lelaki2 kt luar sana harus faham, tanda2 kt atas akan terjadi seawal seminggu sblm period..
maknanya bukan pada hari period sahaja..
selalunya bila pompuan marah2, lelaki akan kata ''period le tu..''
sebenarnya''marah2 atau bad mood'' bukan tanda2 period tp tanda2 sedang menuju ke minggu nk period...

bila tiba je hari period, pompuan akan menderita sakit perut atau kekejangan period ikut tahap seseorg la (dan mungkin ini jugak menyebabkan pompuan tu marah2 sbb sakit)

tp ada gak yg langsung x sakit pun
ada yg sakit skit2 je...
kalau aku, sakit mcm nk lumpuh dh rasa.....
nk jln, nk tdo, nk mkn, nk gerak, mmg rasa terhad...
sampai la hari ke3..baru keadaan kembali normal...

kalau ikut petua2 org kampung, byk gak cara nk hilangkan senggugut ni..

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


tp percayala, x 1 pun petua2 ni aku ikut sbb x termampu nk buat masa kena serang...
yg aku selalu wat, isi air panas dlm tupperware (jgn guna botol mineral, sbb akan kemungkinan botol tu meletup)- isi dgn air panas
balut ngan tuala, tuam atau golek2 kan pada perut

atau sapu bam panas...n minum air panas...

mkn actifast- org kata mmg x elok..tp sape yg kena mcm aku, tau je la, x kan mampu nk tahan2..telan je la...

kesimpulannya, kalau dh jd pompuan, bersediala juga utk lawan senggugut
korang x perlu tukar diri jd tomboy utk hilangkan atau menyorok dari senggugut sbb ia x kan berkesan sama sekali

utk para remaja, leh la amalkan mkn 'evening primrose oil'
dulu aku mkn gak, x pasti lak nape aku berenti...

pastu ketika period, cuti la jap minum ais n makanan sejuk2, masam2..
sekurangnya x de la menambahkan lg sakit perut tu


''peach no war''

4 comments:

ermayana a.k.a mrs mahzan said...

cida memang dr dulu ke senggugut? kena jumpa doktor juga...tk elok dibiarkan melarat manalah tahu ade simptoms yg lain..dh kawin ni kita kena gak wat paps smear...

cik nurussalwa said...

samalah.. tengah period jugak.. adui~~

tuan umah said...

mayana: mmg dr dulu, doc pun dh byk kali jumpa, tetap katanya PMS..huuuu

salwa: belamat ber period..ekekekkeek

::Azura Rahman:: said...

dik.. akak pon selalu kena senggugut teruk.. mmg akan makan active fast and tungku perut.. itu je cara terbaik setakat ni.. mmg azab sgt kan.. huhu.. ada ramai cakap punca akak x pregnant lg sbb sengugut teruk.. emm entah la..

jejak

free counters