kawan2 blogger ku (

Monday, March 14, 2011

batuk2 sampai termuntah... pastu muntah sampai terbatuk lagi..

as'salam..
harp sesapa yg sedang mengusha kat sini sihat2 la yer..
skang ni merata2 dgr ada je kes demam, batuk, selsema...

aku pun diserang batuk dgn kejam sekali...
rasanya dlm 2 minggu lepas cam tu la, terasa batuk yg meleret2
kira x la serius, cuma sesekali batuk2 manja
tp sejak 2 hari lepas, batuk aku mmg dh x dpt dimanjakan lg!
sakit dada aku makkk!!

kalau setakat batuk2 je ok lg la..
ni siap pakej sekali ngan muntah..n terkencing dlm suar..pe kes kan!
huh..harusla aku pakai pampers dtg keje ari ni...!

ubat batuk pun sebotol abis sehari!
dh x kira dh berapa jam, berapa sudu sehari...
main tonggang je trus dr botol..
x de la lagak cam minum vitagen yer..agak2 masuk sesudu dua je la...
rasa nyaman jap tekak bila ubat tu lalu kt tekak..
tp cis! 5 mnt je bertahan...!
pastu tekak rasa perit balik...
(maunya sebotol abis dlm sehari kan..)
botol pun x de la besar botol dynamo tu..huhuhu..botol kecik je..

sambil2 terbatuk2 ni, aku cuba gak google petua2 kampung utk hilangkan batuk..
x hilang trus pun, dpt kurangkan pun jd la kan...

antara semua petua2 ni, mana yg berbaloi utk dicoba ekkk....
  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang
huhuhu...aku memilih part madu je..sbb paling senang..tuang dan telan je....
tp masih terasa perit selepas 3 kali aku minum madu
ptg ni nk try limau + madu lak...

bukan ape..nk cepat2 hilangkan batuk ni, sbb tgh wat persediaan menerima tetamu baru...
nak tau sapa?? en selsema la...
pakej dtg serentak la..
kalau pas selsema, harus la aku demam kan!
lengkap 3 pakej sekali dtg....

bab ubat batuk lak, brand ape yg ok ekk..
aku skang try cap kelapa laut..
jgn ckp ubat klinik ekk..sbb aku x serasi ngan ubat klinik..dh la pahit, x sedap!

nota: alaaa...dugaan kecil je ni, ko dh nk kecoh...

6 comments:

Azwani said...

ada orang cakap ubat batuk HPA marketing ok..

Abd Karim MJ said...

Assalam sis.. saya amalkan cara nie plk..

Ambil 2 biji buah kemnang semangkuk - rendam dalam air suam.. biarkan semalaman - tutup lah... awal2 pagi masa bangun pagi minu segelas sampai habis.. amalkan 2 kali sehari.. insallah...

sue said...

su biasa beli ubat batuk jenis pil..warna hijau.Biasanya ada di klinik swasta.insyaallah cepat sembuh berbanding cecair yg kadang2bila kita minum lagi bertambah tambah batuknya.Kalau petua..paling bagus madu campur limau nipis

sueRAFE said...

ey tak bahaya ke minum ubat batuk bnyk2 gitu? takut membacanya

Atsuko Ichirou said...

minomlah ubat batok cap kelapa laut afrika...huhuu...
*salu beli ubat kat kedai ubat cina je..oke

Madam Sooyaree said...

Semoga cepat sembuh dear!

jejak

free counters