kawan2 blogger ku (

Friday, March 25, 2011

Kopi kluang = Kluang Rail Coffee = Gelatin babi

As'salam...
selamat hari jumaat...

pg ni sedang enak menjamu selera (nasi goreng yg x enak pun), dpt sms dr sorang kawan
mengenai pengesahan status kopi kluang yg jd isu semenjak 2 menjak ni...

akhirnya terjawab la persoalan dan terselamatlah semua umat islam dr terus menghirup air yg mengandungi gelatin babi tu...
semua kita semua diampunkan Allah atas kelekaan kita dlm hal ni....

ada gak sipi2 aku dgr cita, kopi2 serbuk dlm pasaran pun bukan 100% halal spt yg tertera kt pek..
so, pas ni minum air masak je la yer....

selain dr tempat asal di stesen ketapi kluang, ada beberapa cawangannya:

-Jalan Manggis kluang
-Taman Tasik Kluang
-Plaza Kotaraya, JB
-Ikano Damansara
(ada lg tak yg aku tertinggal?)


petikan dari harian metro


JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

sumber: metro online

11 comments:

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

kat keluang johor ke...mcm pernah nmpak la tempat ni...

eikieyn said...

haih.hal2 camni la buat kin ragu2 nak pegi minum kat mane2 kopitiam.

JaSSNaNi said...

mmmm.. kita sebagai pengguna yang kena bijak wat pilihan.. tapi kalau peniaga yg tipu camne?

re: mmmm pasal k.za tu.. agak2 dah 1 minggu dia tak sms akak.. dah bersalin ke dia? mmm.. ce citer ce citer.. :P

Anonymous said...

3thn lepas saya duk kluang. boleh kata slalu gaklh brekfes kt situ. ampunkan aku ya ALLAH aku jahil.dulu pengurusnya muallaf. so yakinlah minum kat situ. lepas dia pindah adik bradik dia(non muslim) ambil alih. ni mesti isu tehangat kt kluang. kalau sabtu ahad ambil gilirn tempat duduk. lengang kot wekend ni...

LadyOfGee said...

walaupun xpernah minum kopi kat situ.. thanks sbb share info ek..

apek poyo said...

owhh..ni kopi kat setesen ketapi tu kan/?..
glamour sbb ni la kot...
muntah la poit..ekekek

haziqa said...

ishh..tempat favorite ziqa ni..

Atsuko said...

takot gak kn...
tapi salu klu kuar tak minum kopi pon...minum kopi yg mk buat kat umah je...=)

Unknown said...

mmg tak pernah pergi tempat nih...

Anonymous said...

saya orang kluang.. tp masa kecik aje minum kat situ.. kitaorang kat kluang ada byk kopi lain yg best.. tp harap takde babi gaks le..

AZLINA said...

Assalamualaikum Nuanza..thanks for the info yea. Akak ada nmpk cawangan dia kat Ipoh..kena brhati2sbb makanan & minuman akan jd darah daging...

jejak

free counters