kawan2 blogger ku (

Wednesday, February 1, 2012

mangsa kebakaran yg dimakan dgn rakus!

assalam....

selamat bercuti buat semua penghuni wilayah ye...
ari ni x de kemana pun...pas masak, makan..pastu golek2 ngan novel
pas dh bosan ngan novel, bgn buka blog lak..heheheheh...

ari ni try wat ayam bakar rosemary...
erm..masa bakar, bau wangi semerbak rempah2 tu...


ayam yg telah diperap dok tunggu nk masuk oven...
best kalo dpt perap semalaman..tp sbb aku wat dkt2 time lunch dah, terus bakar je la...


hasil selepas kebakaran...
masak sama rata...dan kekal berjuicy...
rasa rempahnya pun sedap...
dh x perlu sos pencicah pun xpe...
tp aku cicah gak ngan sos peri2 nandos

dan kentang yg direbus pastu dibakar bersama tu pun sgt sedap..
aku memula ingat, kentang tu mesti dok tepi je kang..
rupanya silapp...mmg sedap dimakan pas perap2 sekali ngan rempah2 tu...


utk resepi ni, aku x ingat ambik dr web mana sbb main hapal2 dlm kepala...
tp aku taip blk ikut bahan dan kuantiti yg sesuai utk kami ber2..(mkn ber2 pun abis 1/2 ekor ayam lorr)

bahan:

1/2 ekor ayam- aku guna 2 bhgn peha
4 biji bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar madu
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu teh jintan manis (kasar)
2 biji kentang
1 biji tomato
sedikit daun rosemary kering- aku guna yg dh siap dihancurkan
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/ limau nipis

cara:

bersihkan ayam- cucuk2 ngan garfu - ketepikan
kupas kentang, rebus 1/2 masak, angkat dan ketepikan (rebus agak2 10 mnt)

tumbuk halia sampai lumat- pastu gunakan penapis, perah airnya- lumur air halia pada ayam
panaskan minyak zaitun, goreng bwg putih sampai kekuningan- ketepikan
tumbuk lada hitam + jintan separuh halus
pastu masukkan bwg putih, samb tumbuk lagi
campurkan bahan2 tumbuk ngan sedikit minyak goreng bwg td (dlm 1 sudu kecil je)
lumurkan bahan2 tumbuk ni pada ayam + garam + madu + jus lemon
ratakan bg semua bahan sebati (lumur sekali pada kentang dan tomato)
taburkan daun rosemary- depan belakang ayam

bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 1 jam atau sampai ayam garing keemasan
guna api atas dan bawah
(kalih2kan selepas permukaan atas garing)

* leh tambah lobak merah kalo suka


3 comments:

khairiah khaizu said...

rakusnya akak tengok.....(*_*)

Liza said...

alamak aaaiiii...dah habis ke, baru ingat nk mintak...akak bawa balik la pinggan ni....sedihhhh

::Azura Rahman:: said...

wow.. mcm grilled chicken rosemary naked chef lah.. beza xde lemon je..

ayam ni cda ratah je or mkn dgn nasik?.. ;)

*bakar guna oven atas loyang/caserol atau cda guna pencucuk besi yg golek2 tu?.. tq

jejak

free counters