kawan2 blogger ku (

Monday, April 2, 2012

menu timur tengah

assalam...

ari ni tingin rasa nk mkn nasi arab...
ayam pun tgh byk dlm peti ais...

google punya google jumpa la resepi nasi kabsa dr blog ResepiRaidah
dan yg menariknya, rempah kabsa pun turut disertakan sekali..
so, kali ni aku masak nasi x beli rempah kedai lorr...heheheheh..

x susah mana pun masak nasi kabsa ni..
tp keaslian resepi ni aku x berani jamin la...
mgkin hanya imbas2 je dr yg original resepi timur tengah tu..
apepun, dr segi rasa, tetap best (ala2 beriani pun ade gakk..)

jom skodeng dapur aku...




sediakan rempah dulu...
sblm tu, leh rendam dulu beras basmathi sebelum nk sediakan bahan2 ni

-1 sudu makan bunga cengkih
-1/2 sudu makan lada hitam
-1 sudu mkn jintan manis
-1 sudu makan jintan putih
-2 sudu makan ketumbar
-1 sudu makan buah pelaga
-1 sudu teh serbuk cili
-1 sudu teh serbuk kunyit

masukkan semua bahan dalam kuali tanpa minyak
goreng hingga garing (jgn hangit lak) guna api kecil
sejukkan jap- kisar sampai halus (guna pengisar kering)

dlm gambar atas x berapa halus sgt aku kisar sbb pengisar dh panas (x dan nk tunggu bahan2 tu sejuk)
(mmg byk penggunaan rempah dlm menu2 timur tengah ni kan...)


1) hiris bwg besar, bwg putih dan rempah 4 - tumis sampai naik bau
2)masukkan tomato yg dikisar halus + 1 sudu tomato puree
3) masukkan 1/2 - 3/4 sudu makan rempah kabsa (bgantung pada jumlah beras, aku masukkan 1/2 sudu mkn utk 2 pot beras)- biarkan jap bg sebati
4) masukkan ayam + air skit- biar sampai ayam masak...


5) masukkan carrot parut, cili, kismis, 2 pot beras + 2 pot air- gaul sebati
lepas step ni, aku alihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa


harum, sedap dan lembut
cari la sendiri ayam yg tersorok di celah2 nasik..heheheh



utk resepi penuh, aku copy dr blog Raidah je la...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.



6 comments:

SufatihaNur said...

mesti sedap giler nih...nmpak cam tersangat menyelerakan....nak sepinggan!!!!

K.Nor said...

cida, mmg biasanya resipi dr blog raidah ni yg org cuba utk masak nasi kabsa.. k.nor pun dah pernah try, mmg sedap tp k.nor guna rempah kabsa dr jordan masa anak k.nor bawak balik hari tu.

nasi mandy dr raidah pun best gak, dah acap kali k.nor buat.. try la

izahdaut said...

musti kekenyangan en garpil.. sodappp tu. buat sendiri pasti puas hati ek

::Azura Rahman:: said...

adoi.. sedap giler tu.. kzura ni hantu nasi arab.. selalu pegi makan.. dh la mahal kan.. pasni kena belajar la buat sendiri.. baru puas hati nk makan.. yummm..

mama sara nur said...

sedap tu, hubby akak peminat nasi arab he he

cplud miera said...

wow... menggiurkan jer. sedapnyaaaaaa

jejak

free counters