kawan2 blogger ku (

Friday, August 31, 2012

ayam masak limau purut

assalam.....

sekian lama menyepikan diri dr sebarang entry, kini daku hadir kembali (alamak....asal tone jiwang plak..)

sebenarnya blk je dr kampung, mmg aku malas nk masak2 apepun..
kalo ada pun, leh dibilang dgn jari sebelah tgn je

ari ni, wpun x berapa sihat, terasa lak nk masak..
sebab??? dlm peti ais manyakkkk stok bahan mentah
kalo x dimasak, benda tu semua tak kan BERTUKAR jadi rendang ayam pun...


sebenarnya x tau nk letak menu ni nama apa
sbb aku pun x tau apa yg aku masak...

mcm pernah mkn kat kedai...
tp x kan nak tanya resepi kot...
so, melalui makanan tu, main agak2 je la apa yg dia guna
yg pasti, byk sgt daun purut yg digunakan...


bahan2 nk buat menu ni hampir sama je mcm rendang
cuma x de kerisik, dan santannya sedikit lebih menjadikan menu ni berkuah

bahan:

1/2 ekor ayam- dipotong kecil
5-6 helai daun limau purut- dicarikkan
1 keping asam gelugur
1 btg serai diketuk
2 cawan santan- sederhana cair
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis (boleh guna jintan biasa, tp ditumbuk halus)
1/2 sudu teh serbuk ketumbar (boleh guna ketumbar biji, tp ditumbuk halus)

bahan kisar:

1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
5 biji cili api (jika suka)

cara:

masukkan semua bahan (kecuali santan) dlm kuali
reneh hingga ayam masak
kemudian masukkan santan dan garam
biarkan mendidih


leh tambah hirisan cili dan tomato kalo suka




2 comments:

ieda said...

memang menarik sbb ada daun limau purut .. hurmm yumx3

Layyinul Harir said...

saya pun ada buat ,tapi xtaruk jintan semua tuh..

anyway,thanks sharing.=0

jejak

free counters