kawan2 blogger ku (

Monday, December 31, 2012

akhirnya....Crepe Durian

assalam....

bila citer pasal crepe, memana blogger dapur pasti x lepas peluang mencuba kan..
dh jd mcm fenomena yg sgt menerujakan..
tp, teruja punya teruja, aku tetap gak dok beli je...
bila sesekali niat nk buat crepe ni dtg, ada je terhalang
kekadang ada durian, whipping cream nya xdo.

bila ada whipping cream, durian lak lom gugur dr belaknag umah..ngeeeeeeee
sudahnya whipping cream habis aku minum buat pavlova...
gitulah dok ulang2..ada yg tu, xdo yg ni...

sampai la hari ni, baru crepe ni muncul dr dapurku...
dh hampir habis dh pun musim crepe ni sbb durian pun makin2 nk susut..
tp, lain2 filling pun x kurang sambutan ranya..mango..bluberry..yummy..yummya




antara bahan penting crepe durian ni, pastinya isi durian...
x kisahlah musang king ke, kucing king ke, janji durian...

utk adunan kastard ni, akan dicampur bersama whipping cream yg dh dipukul
tp kalo x nak letak kastard pun, tarak ada hal...
kastard aku kt atas tu nampak sedikit pekat  kan
lupessss letak butter...


cara bancuhan tepung crepe yg dicampur pebagai tepung dan bahan
menghasilkan kulit crepe yg nipis kenyal dan x mudah terkoyak...

adunan tepungnya mmg cair...kalo pekat kang jd tebal lak kulit crepe tu


lg byk krim n duriannya, lg montoksss la crepe kita
(mungkin juga kemontokan si pembuat mempengaruhi crepe yg dibuat???)

sebenarnya, utk resepi crepe ni, aku ada membeli resepi dr sorang bakers
sudahnya resepi tu terperam mcm tu je...

bila nk buat, belek2, x cukup 2 jenis tepung...
aku redah je..google je resepi

mmg kebanyakan menggunakan tepung gandum
dan dari komen2, mengatakan crepe yg terhasil x kurang cantiknya
wpun ada bisik2 mengatakan resepi menggunakan tepung gandum bukanlah resepi asli, tp aku tetap nk cuba

hasil dr kekerapan aku mengorder crepe selama ni, 
ternyata penafian pada penggunaan tepung gandum adalah tohmahan semata2..
lom cuba lom tahu...

lgpun, salah 1 tepung yg digunakan dlm resepi asli tu, adalah tepung gandum le jugak, 
cuma ditambah sedikit bahan lain lalu ditukar namanya....

aku berani kata mcm ni sbb aku dh terlalu kerap beli crepe ni
so, mudah utk aku buat perbandingan

tp, penggunaan bahan lain spt telur, susu, minyak dan kuali non-stick agak membantu menghasilkan kulit crepe yg halus mulus tanpa cela dan parut

ada juga yg menggantikan susu dgn santan
aku sekadar guna susu



aku menggunakan resepi dari  kak Ita
selain mengagumi hasil kerja kak Ita, aku sgt percaya dan yakin dgn setiap resepi yg dikongsikan..


Crepe- Sumber: Kak Azlita Aziz

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung hoe kwe- aku ganti tepung kastard
1 biji telur saiz A- aku guna 2 biji
1 sudu besar minyak
130 ml susu segar
50 ml air- bergantung kepekatan
secubit garam
1 sudu besar gula
pewarna kuning- aku guna hijau
(aku tambah sedikit esen vanila)



cara:


satukan semua tepung- ayak

campur semua bahan- gaul sebati
kalau terlalu pekat, tambah air
kemudian tapis

panaskan pan hingga benar2 panas

kemudian perlahankan api ke sederhana

Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan

Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata

Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit

Tak perlu di balikkan

Buat sehingga habis

Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik

Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.




utk filling:


CREAM CUSTARD FILLING

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung- aku guna tepung kastard
1/2 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.


cara:

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
 




begini???


atau begini?????

6 comments:

Love2cook Malaysia said...

Uishhhh lovely lovely!!! I pun dah buat...hihi...

Cantik kaler dia :)

Unknown said...

Wah..lazat!

Nina Mirza said...

dulu Nina pun beli jerr ...
Bila dah ketagih dok beli akhirnya Nina buat sendiri
& now Nina plak dok buatkan tuk kengkawan :)
Memang dasyat penangan crepe durian nie~~

Unknown said...

bestnyerrrr!!!
sume sedappp,janji durian!..hehe

Anna Qawina said...

Aslmkm cda..tetiba jumpa sini..Cda beli rsp dgn sape dik? Hehe..kalo ikutkan rsp bzee bakery mmg x pakai tepung gandum..tp stgh2 org lbh suka kulitnya tebal..lg kenyang kot katanya..xtaule..tp rsp kelas tu mmg xde gandum..apa2pun blasah jela janji rasa durian..

Cida de' Nuanza said...

@Anna Qawina

x beli pun...cuma guna resepi dr blog Azlita Aziz

jejak

free counters