kawan2 blogger ku (

Wednesday, May 1, 2013

kek lapis pandan

assalam....

bestnya ari ni sbb opis sunyi je...
dh mcm ari jumaat lak..
agaknya sbb esok cuti, ramai le yg samb cuti....

lg best kalo dpt cuti seminggu...huhuhu

jom layan kek pandan
sebenarnya kek ni dh lama buat...
aku buat khas utk dimuatkan dlm majalah aroma (entry lepas)

resepi ambil dr beberapa blog dan aku gabungkan
sayangnya, aku cuma catit atas kertas...terlupa nk catit dr sumber mana...

kek ni gabungan antara puding dan kek...
sedap bg tekak aku...
sedap makan sejuk2...


Kek Span Pandan...

  • 150 gram tepung super fine 
  • 120 gram gula kastor 
  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml air daun pandan
  • 80 ml minyak
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • sedikit pewarna hijau
     

Cara-cara

  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius menggunakan api atas dan bawah
  5. bila kek masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kekbiarkan selama  5 minit sebelum di keluarkan dari loyang

Kek Lapis Pandan

Bahan-bahan ( 1 biji kek )


  • 1 biji kek span pandan

  • Bahan (A)

  • 180 gram gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar segera

  • Bahan (B)

  • 400 ml santan pekat - 400ML
  • 85 gram tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • secubit garam

Cara-cara...

  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan 
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8.  biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 



3 comments:

Bbwana adienia said...

Salam..

Hai..nampak cantik dan kemas kek lapis tu..

Gee® said...

Wanginya bau pandan... mabeles... mabeles...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum... bizi ye dik...
siannye.. :) and akak ucapkan TAHNIAh untuk hasil kerja adik yg di sunting aroma tu... tak nak lepaskan peluang.. nak beli gak aroma bulan mei.. :)
cantek lapis pandan ni.. kemas sangat..

jejak

free counters