kawan2 blogger ku (

Sunday, July 21, 2013

Kari Kepala Ikan

assalam....

puasa di hari cuti sgt best
sbb x terasa sgt masa berlalu
tup2 je dh pun tghari..
kalo kat opis, nk tunggu kul 12 tghari tu rasa mcm pat tahun..hahahah


ni menu berbuka semalam
gi tesco utk beli lauk2
en garpil ternampak plak kepala ikan kerapu ni
haruslah langkah kaki x lepas...hihihi

so, ambil le sekali...murah je, seketul kepala tu x sampai RM10





sebenarnya mmg agak besar utk kami habiskan ber2
en garpil suruh masak semua, leh simpan sahur katanya
tp citernya, abis licin semua masa berbuka..muahahahha...
mmg sedap meratah2
tp kalo student tak di galakkan mkn kepala ikan kan
mudah lupa katanya....
aku dh x muda ni, belasah je la...

kari kepala ikan (tanpa santan)

1 ketul kepala ikan- terpulang la ikan ape
2 pek kecil serbuk kari ikan- aku guna babas + cap O
1 sudu kecil serbuk cili
1 biji tomato- belah 4
1 biji cili merah
beberapa biji cili api- belah tanpa putus
kacang bendi

bahan tumbuk:

1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih

bahan tumis:

1 biji bwg besar- mayang
3 ulas bwg putih- hiris
1 tangkai daun kari
sedikit halba campur
4-5 tangkai cili kering (basuh dulu) kemudian potong 2

cara:

campurkan serbuk kari + bahan kisar + sedikit air- jadikan pes

panaskan 2 senduk minyak
tumis bahan tumis hingga garing
masukkan pes rempah + air skittttt je...
kecilkan api
masukkan cili merah + cili api + 2 bhgn tomato yg dibelah
tutup tudung periuk
biarkan hingga rempah masak dan pecah minyak
buka tudung, kacau jap, jgn bg kerak
pastu masukkan air- agak2 ikut kepekatan kuah yg dikehendaki

masukkan garam + air asam jawa
masukkan ikan. bila ikan dh hampir masak, masukkan bendi
biarkan jap..tutup api.





6 comments:

shikin ali said...

sama mcm resepi kami masak kari kt penang ni, guna dua jenis serbuk kari dengan halba siap :) sedappp...

Asyifa Mustaffa said...

terbaik...! Pekat nmpk karinya tu...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..menggancam .....

Anna Qawina said...

Sedapnya..rasa dok dlm kedai kari kepala ikan lak..hehe

hainom OKje said...

Okje mmg suka kepala ikan ni tak kiralah masak apa pun hehe

fazianbatrisyia said...

sedapnya. Kat rumah tu sib baik sy jek yg suka kepala. tak gaduh...

jejak

free counters