kawan2 blogger ku (

Tuesday, January 14, 2014

Nasi Goreng Kampung

assalam....

salam maulidur rasul....
hari ni public holiday...dok kat umah je kot...

rata2 sehari 2 ni dok heboh citer pasal kangkung...hihihi
tetiba plak mcm2 menu berasaskan kangkung muncul kat FB

aku pun xmo ketinggalan...wpun x suka masuk campur hal2 politiksss ni, tp saje nk menyibik pasal kangkung
mmg cadang pg ni nk goreng nasi...pastu en garpil req nasi goreng kampung
awal2 pg dia turun kedai g cari kangkung..blk umah dia trus siangkan
selambak haaa...dah jadi kangkung goreng nasi...bukan nasi goreng kangkung...kiki


masa nk goreng nasi ni, tetiba terasa nk google resepi
nk cuba resepi lain yg penah aku buat

pastu terjumpa resepi dari blog Kak Nor...
tgk cara2 yg Kak Nor buat mcm lain skit ..tp simple n bahan2 mmg sedia ada.



kesudahannya...mmg sedap dan kena ngan selera...
pasni leh kekal ngan resepi ni je kot

NASI GORENG KAMPUNG MABELES


Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya



~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.



Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak



Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.

3 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum Cida wah nampaknya dah mula minat kt kangkung pulak ek.mgancam nasi goreng tu..teliti bhn pun dah tau sedap...nasik goreng satu...cewahhhh....=)

cikla said...

salam cida...suka singgah sini tapi jarang tinggal jejak..cikla pun suka nasi goreng..dlm seminggu mmg keraplah bekfast nasi goreng

norhidana miswan said...

hahahha sana sini cite kangkung... serabut sungguh la... kalu dana ns goreng kampung wajib ada bls goreng n pedas menyengat hehehe

jejak

free counters