kawan2 blogger ku (

Tuesday, February 23, 2016

Cucur Ikan Bilis (Air Panas)



Assalam...

Cucur ni sy buat utk minum ptg... Nama lainnya, cucur air panas. Biasanya sy cuma buat versi manis.. Kali ni buat versi ikan bilis lak...

Sedap.. Lembut dan montokss... Hihi


Resepi pun sy gugel.. Dan x dpt dikenal pasti siapa pemilik asalnya. Kalo tuan punya resepi terbaca, sila komen Ye...pandai betul la sape yg mencipta resepi yg simple tp hebat mcm ni..xde la masalah cekodok liat lg...hihihi

Utk buat cucur ni, syarat paling utama ialah air panas mendidih. Maksudnya mmg yg baru mendidih Ye. Xnak yg dalam flusk..

Sama juga kalau buat versi manis, kita tambah susu pekat manis. Pastikan susu tu berada pd suhu bilik. Kalau susu tu sejuk dr peti ais, pastu kita masukkan air panas mendidih, tak menjadi la juga... Sbb suhu panas air tu dh menurun sbb susu sejuk tu.. Sbb tu bancuhan jadi mencair...adunan yg betul sepatutnya boleh di bola2kan sblm goreng...

_________________________________

Bahan2

3 Cawan tepung gandum
1 biji bwg besar (kalo bwg saiz kecil skit, masuk la 2 biji)
Segenggam ikan bilis tumbuk halus
Cili merah-hiris

(boleh tambah daun bwg jika suka)

1. Masak air
2. Bawang potong dadu
3. Tumbuk ikan bilis. Saya kisar guna pengisar kering.. Jadi lebih halus
4. Hiris cili
5. Gaulkan semua bahan. Campur garam skit je.. Sbb bilis dh masin
6. Sebaik ja air mendidih, sukat 3 Cawan, masukkan dalam adunan. Cepat2 gaul. Adunan dengan cepat akan jadi doh
7. Basahkan tgn. Ambil sedikit adunan, bola2kan ikut saiz yg korang suka.
8. Goreng

InsyaAllah.. Kalau buat pg, sampai mlm pun lembut lg




jika betul cara bancuhnya, adunan mmg boleh dibola2kan mcm tu ye...
masa sy buat versi manis, ada yg tinggalkan komen, dia buat jadi cair..adunan tu xleh dibentukkan
mcm sy ckp td, biarkan susu tu pd suhu bilik..jgn gunakan susu sejuk..

sukatannnya sama gak..3 cwn tepung, 3 cawan air, 1/2 cawan susu pekat manis


ikan bilis tu, kalo rajin, tumbukla...hakak xrajin..so, hakak kisar guna pengisar kering
basuh ikan bilis bersih2..toskan airnya...kisar je cam biasa...tp kena kerap berhenti dan goncang, samb blk...berhenti goncang, samb blk..gitulah seterusnya sampai bilis tu halus


No comments:

jejak

free counters