kawan2 blogger ku (

Monday, October 31, 2016

Muffin Vanila

assalammualaikum...




kalau nak cuba buat muffin yang mudah dan sedap, boleh la cuba resepi ni ye...
senang sangat..anak hakak pun reti buat..hahahha...\



Muffin vanila

Bahan A
--------------
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar Baking powder
Segenggam coklat chip (sukahati)
(campur semua letak tepi)


Bahan B:
--------------
1 biji telur gred A
1 Cawan Susu segar/uht
1/2 Cawan Minyak jagung/masak
1 penutup botol creamy esen vanila (lebih pekat dan wangi)
campur bahan B sampai sebati. Kemudian campurkan dalam bahan A

Guna senduk, kaup balik agak2 sebati. Jangan gelojoh sangat. Dalam 5 kali kaup 5 kali balik, dah leh sebati. Kalau terlebih kaup, Muffin akan keras.
Isikan 3/4 cup

Tabur chop chip/badam/apa2 je
Bakar selama 20-25 mnt

Ni kena ikut Oven memasing la ye
Oven hakak kena guna api bawah ja...
Suhu Oven akak 200 darjah. Lepas nampak dah masak, akak tukar setting api atas sahaja dalam 4-5 mnt nak garingkan permukaan atas


patutnya campu bahan a...pastu campur bahan b..lepas tu satukan...
tapi hakak malas, hakak campur terus semuanya dalam 1 bekas. 
pastu sebatikan guna sudip kayu
past nak sebatikan tu penting ye, jangan terlebih gaul
ia menentukan muffin uolss gebu atau padat..
kaup balik dalam 10 kali gitu je...



tengoklah, anak teruna akak yg umo 2 thn stgh ni pun dh pandai buat muffin...
kemas dan cermat je nengok dia cedok adunan n tabur coklat
tapi, last2 choc chip tu asyik masuk mulut dia je...haha


pastu punya la dia xsabar..melalak nangis time muffin masuk oven..
kena lak pujuk2 bawa g mandi dulu



menikmati muffin buatan sendiri (ala...mama yang buat, dia tukang cedok je..hahahah)




2 comments:

adda syuhada said...

SEDAPNYER...

aku la... said...

rajinnya hero tolong didapur..mewarisi bakat maknya nih..

jejak

free counters