kawan2 blogger ku (

Tuesday, July 6, 2010

muffin strawberry



mlm ni me-muffin lg..
resepi basic muffin dari all recipe...
tp resepi di salin dari blog diana
dan diedit skit mengikut tema stroberi..ehehehe
nama pun basic ..so, boleh la ditukar ke pelbagai perisa pili
han
kali ni aku wat muffin stoberi sbb baru2 ni aku ade beli filling stoberi dr yumie..tp x tau ntah ape nk buat...de pinky muffin!
nk buatnya pun TERAMAT la senang (betul, x tipu!)

kacau2 manja je..x yah lebih2


Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen stroberi
filling stroberi secukupnya

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu , esen stroberi dan minyak.(aku campur 2 titik pewarna merah) Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin 1/2 cup, letakkan 1/2 sudu teh fillibg dan tutup adunan sehingga 3/4 cup
5. Bakar muffin selama 20 minit atau sehingga kekuning-kuningan.




1 comment:

Rainani said...

Salam.. nk tanya.. yg minyak tu 1/4 kan..? sy try buat tp texture nya xsama mcm akak buat la.. mcm padat je.. any comment..?

jejak

free counters