kawan2 blogger ku (

Tuesday, October 5, 2010

pertama kali buat laksam


salam....

oktober dh masuk hari ke5, baru sempat nk mengapdate...
bukan x de bahan nk masuk, tp tuannya amatlah liat nk buat n3..
sudahnya, pic yg diambil terperam je dlm laptop...

ni menu semalam...
1st time aku buat laksam
ni akibat berborak2 pasal laksam ngan jiran sebelah kt opis ku...
blk umah je..terus mulakan misi..



alhamdulillah...sekali buat, rasanya menjadi la...
sbb rasa lebih kurang sama la ngan laksam yg aku penah makan..
mungkin sbb resepinya yg ikhlas...

cuma, en garpil nampaknya agak kureng ngan taste nya...
mungkin ni la kali pertama dan terakhir aku buat..
sbb x best lak kan kalau buat mkn sorang2 ja...baik beli ja...
kurangnya, ada la pengalaman aku buat tepung laksam tu..huhuhu...



Bahan-bahan:

Bahan Laksam:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
4 cawan air suam(tambah air kalau pekat sgt)
sedikit garam

Bahan kuah:

4 ekor ikan sardin- aku guna king saiz-huhuhu- dibakar sekejap
1 cwn santan- aku guna santan cair, x mo berlemak sgt
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai- ketuk
1 sudu kerisik
Sedikit lada hitam (aku guna yg serbuk, dlm 1/4 sudu teh je)
2 asam keping
1 inci lengkuas-
Gram dan gula secukup rasa

Bahan tambahan (jika suka):

Timun – potong halus
bunga kantan- hiris halus
Taugeh
Sambal belacan- tumbuk cili merah + belacan + garam + perahan limau nipis
Kacang panjang – potong kecil-kecil
limau kasturi


Cara-cara penyediaan:
Penyediaan laksam:
masukkan semua bahan dlm blender, kisar sampai sebati
Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau tudung periuk, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, (nampak jd melembung2 skit)
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak- asingkan isi ikan dr tulang.
kisar isi ikan . masukkan dlm periuk bersama air rebusan ikan yg telah ditapis.
tulang ikan pun kisar gak- tapis ambik air, masukkan dlm periuk

Kisar halus bawang besar, bawang putih, dan serai .- masukkan dlm periuk ikan

Pastu masuk asam keping, kerisik, lengkuas, lada hitamh, dan garam secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.

3 comments:

mar yanie said...

uish..meleleh air liur tgk laksam ni..:D

izahdaut said...

tu la kan..kalau hubby tak suke makan...memang tak semangat nak ulang masak dah menu tu..terus haram nak masuk rumah dah..huhu

K.Nor said...

uishh sayang laksam, tak abis ya.. meh k.nor join makan sekali hehe

jejak

free counters