kawan2 blogger ku (

Sunday, March 27, 2011

Penipu yang bercakap benar

As'salam

Maaf..kisah ni aku cuma copy dan paste ke sini...
sbb tertarik dengan kisahnya...

Penipu Yang Bercakap Benar


Pada suatu ketika dahulu,Abu Hurairah r.a telah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w untuk menjaga buah kurma di gudang zakat.Buah kurma itu merupakan pemberian orang-orang yang berzakat pada Bulan Ramadhan.

Kemudian tanpa diduga datang seorang lelaki tua lalu memakan buah kurma itu.Tanpa berlengah lagi, Abu Hurairah terus menangkap orong tua itu dan di tariknya untuk dibawa bertemu Rasulullah s.a.w.

Dalam perjalanan, orang tua itu merayu kepada Abu Hurairah, "Saya orang miskin.Anak saya ramai.Saya nak ambik buah kurma itu untuk anak-anak saya."Abu hurairah merasa kasihan mendengar rayuan itu lalu dibebaskan orang tua itu.Kemudian Abu Hurairah pun menceritakan kisah itu kepada Rasulullah.Rasulullah berkata: "Dia berdusta dan akan datang lagi malam ini."

Maka pada malam itu, Abu Hurairah pun menunggu dan mengawal seperti biasa.Memang tepat kata-kata Rasulullah, lelaki tua itu datang lagi dan cuba mencuri lagi.Abu Hurairah terus saja menangkapnya dan di tarik untuk di bawa bertemu Rasulullah.

Seperti semalamnya, orang tua itu sekali lagi merayu dan memohon maaf serta berjanji tidak akan buat lagi.Abu hurairah yang berhati lembut, sedih mendengar rayuan orang tua itu, lalu di lepaskannya untuk kali kedua.

Keesokan paginya, Abu Hurairah menemui Rasulullah dan menceritakan kejadian semalam.Sekali lagi Rasulullah berkata, "Pencuri itu berdusta dan akan datang lagi malam ini." Malam itu, Abu Hurairah memperketatkan kawalan di gudang zakat itu.Dia bertekat tidak akan melepaskan pencuri itu jika dapat di tangkap.Setelah lama berjaga, tiba-tiba kelihatan orang itu menghampiri longgokan buah kurma itu.Cepat saja Abu Hurairah menangkapnya dan berkata, "Kamu telah memugkiri janji ! Kali ini kami tidak akan lepas lagi dan segala rayuan kamu tidak akan di layan ! Kamu mesti berjumpa dengan Rasulullah."

Orang tua itu menjadi takut dan terus merayu. "Toonglah lepaskan saya !"Tetapi Abu Hurairah tetap memegang tanganya dengan lebih kuat lagi.Abu Hurairah tidak mahu di tipu lagi, cukuplah dua kali diperdaya.

Orang tua itu tetap merayu dan terus merayu, "Tolonglah lepaskan saya.Saya akan ajarkan sebuah doa yang sangat berguna."Abu Hurairah terdiam sebentar dan terfikir."Apa doa itu?"Abu Hurairah bertanya ingin tahu.Orang tua itu pun berkata,"Sebelum tidur bacalah ayat kursi, nanti tuan akan dipelihara oleh Allah dan syaitan tidak akan menghampiri tuan sehingga ke pagi."

Setelah orang tua itu mengajarkan doa, Abu Hurairah terus melepaskanya.Terlupalah dia yang sepatutnya membawa orang tua itu bertemu Rasulullah.Esoknya, Abu Hurairah ceritakan semua kejadian malam tadi kepada Rasulullah.Rasulullah pun berkata."Pencuri itu benar walaupun dia adalah pendusta."

Kemudian Rasulullah bertanya, "Kamu kenal siapa dia tu?" Abu Hurairah menggelengkan kepala. Rasulullah pun berkata,"Itulah Syaitan……"


gambar: Google


jika hari ini adalah ''Hari bercakap Benar'' apa yang awak nk katakan tentang saya???

5 comments:

sarah mohamad said...

sangat berguna. nice info :)

mamawana said...

Assalam,

Akhir zaman ni ramai penipu yg bercakap benar berkeliaran di sekeliling kita ......

Untuk mengenalpasti mereka dirikan yg disuruh, jauhi yg terlarang dan berpegang teguh pada Sunnah dan AlQuran.

Princess Hippiey said...

dulu kan syaitan antara makhluk yg beriman... tp dia bongkak

ieda said...

gud info dik ..
kalau akak berkata benar .. nak cakap .. kenapa dah lama nuanza x online :))

MommyAgharr said...

Tengok tu setan pun ada gak bckp benar. Kalau manusia skrg ni. kalau dah penipu, gitu lah perangai smpai mati. Brckp benar?..ikut.. Setan?..Jgn ikut..

jejak

free counters