kawan2 blogger ku (

Tuesday, April 26, 2011

Maya Karin di buai Ombak Rindu

as'salam..

wah tajuk n3!
apakah denuanza.blogspot mahu menjadi blog terjah artis..
oh..no..no..no...!
akak x berminat la gossip2 artis ni dik...
(tp kalo nk citer haku dgr je..hohoho)
sebenarnya, aku nk citer pasal Ombak rindu lakonan maya si cantik manis ni...
filem yg diadaptasi dr Novel yg menjadi best seller satu tika dulu..

Novel karya Fauziah Ashaari yg aku punya kt umah pun dh lunyai..
membayangkan ketekunan peminjam novel aku yg membaca sampai x sedar tercurah air kopi, terlipat buku, dan ter..ter..ter.. lg (ada unsur sindiran di sini, ya!)

filem ni akan mula dipertonton 28 April ni...
jom la sesama kita memeriahkan panggung2 semalaysia ye..
(mcm plan bagus je ni, jumaat ni kebetulan cuti..ehehhehehe)

kat sini aku bg skit sinopsis Ombak Rindu yg aku copy paste tanpa segan silu dari ALAF 21

Sinopsis

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya? 


pic ni pun aku copy dar ALAF 21 gak

antara barisan pelakonnya:

Izzah lakonan Maya Karin
Hariz lakonan Aaron Aziz
Mila lakonan Lisa Surihani
Wafiah lakonan Umie Aida

3 comments:

Unknown said...

eh ade ea filem cite ni??
wahh,,x sabor plak,,
baru tau,,trimas tau info..
moga blog mnjdkan readers dekat denganNYA..jzkk :)

Anonymous said...

rasa x setuju maya karin jadi watak utama..x sesuai...muka maya look pan asian sedangkan izzah sorang gadis kampung jek...huhuhu...

nyway,, look forward for this film...

Sheila Shafeareen said...

yeppp x sabar dgn ombak rindu...baca berulang kali..masih mencari dua lagi novel sambungan ombak rindu..

yep maya karin look asian..watak izzah gadis kampung yg lawa...

jejak

free counters