kawan2 blogger ku (

Sunday, February 19, 2012

bebola donut

assalam...

salam petang ahad...
ari ni x gi memana pun..
lepak kt umah sesungguh hati...
makan..tdo..baca novel...
ambik mood nk keje sok...huhuhu..teruk kan!

petang ni aku cuba2 menguli donut..yeah..again!
sebenarnya x terkira berapa byk donut yg aku dh penah wat...tp serba x menjadi
agaknya tgn ku ini bukan di takdirkan utk buat donut...

tp resepi kali ni aku ambik dari blog Dayang Jack
alhamdulillah..wpun bukan la donut yg boleh dibanggakan, tp kali ni, aku ngan en garpil yg mkn
bukan tong sampah...



sebenarnya utk buat donut, kualiti yis tu sendiri harus di ambil kira..
yis tu perlu 'hidup' utk memastikan donut yg terhasil lembut dan gebu
sebenarnya, aku hampir berputus asa td bila yis aku x berbuih wpun selepas 15 mnt berlalu...
aku dh pun guna air suam..tp nampaknya yis aku ni x bg kjasama yg baik...

aku pun redah je lah..teruskan ke proses menguli...
bila lepas bola2 kan, dh leh nampak adunan tu makin berkembang...
lega rasanya....

pastu bila goreng, lagi la berkembang2...

sebabkan aku x de acuan donut (malas nk guna manual), aku buat bebola mcm Dayang Jack jugaklah...

resepi ni aku copy trus dari blog DJ

Donut Ball 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.




hasil bedah siasat
garing dan rangup di luar, lembut di dalam..






yg ni lak saje aku letak filling kt dalamnya...
aku suker !!!
so, x yah letak gula di luar tu sbb filing ni dh masam manis.....

6 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam dik
ada lagi tak? he he nak banyak tau sb sikit tak cukup kat umah akak ni..
baru pas wat kek Arora yg kaler maler tu he he sedap sb tak manis sgt

sonata anak kancil said...

lama tak buat donut - boleh cuba resepi ni ...tk kongsi resepi

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Suka cara ni mudah buat dan mudah masuk mulut...sekali ngap aje..akak ambil resipi ya

FAKRUZA said...

Sedapnya cida nak sebiji bebola donut nie... boleh ke??? resipi nie nanti qira akan cuba juga...

Unknown said...

gebunye..

Anonymous said...

Nak cuba resepi donut ni pulak. Akak pun mcm ada sumpahan donut. Susah betul nk menjaadi,tak puas hati betul.

jejak

free counters