kawan2 blogger ku (

Friday, August 10, 2012

paprik campur dan campak

assalam...

ari ni masak ekspress je...
sbb kebizian ngan cookies

so, lauk dan sayur di combine


senang je...dlm satu menu, dpt mkn lauk dan sayur serentak..ngeh2
pastu aku goreng ikan sepat utk menemani menu ini


bila sediakan bahan...dh mcm nk buat tom yam lak kan...
tp puasa2 ni, perut agak sensitif..
xleh nk mkn pedas2...masam2...
so, tomyam tunggu bulan lain la...

bahan:

8 ekor udang
2 ekor sotong- hiris
dada ayam- hiris
1/2 btg lobak merah
2 btg jagung muda
1 biji tomato- potong wedges
1 biji bwg besar- potong wedges
2 ulas bwg putih- cincang halus
1 batang serai- ketuk
2 helai daun limau purut- carik2an
sedikit daun bawang- hiris

bahan sos:

1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2-3 titis minyak bijan (jika ada)

cara:

panaskan sedikit minyak
tumis bwg besar , bwg putih dan serai
masukkan semua bahan sos dan minyak bijan
kemudian masukkan ayam dan lobak merah
masukkan sedikit air (anggaran 1/4 cawan air)
biar hingga ayam masak

masukkan sotong
biarkan sekejap kemudian masukkan semua bahan lain
tambah sedikit garam jika perlu (rasa dulu sbb sos tiram dah masin)
(kalau suka pedas, leh tambah hirisan cili api)


bahan-bahan sos


teringat masa bujang2 dulu...
suka sgt order nasi goreng paprik
sampai akak tu dah leh tau dah kalo nampak aku..

2 comments:

ieda said...

bila campak2 macam nie lebih menjadi kan dik ;))

ZARINI FASHION GALLERY said...

favourite sy gak ni :)

jejak

free counters