kawan2 blogger ku (

Sunday, November 4, 2012

lunch hari ahad

assalam...

petang2 cam ni lapar le pulak..huuuu
rasa nk mkn roti john...
padahal lunch td kemain kekeyangan terbongkang...haishhh la...nafsu mkn menjadi betul...

lunch td masak kt umah je...
selalunya kalo ari minggu, jarang gak aku masak sbb kerapnya mkn luar je
tp sbb semalam dh kuar, so ari ni lepak umah je...


mcm biasa, tetap 3 menu, tarak lebih...hahahah
kalo x cukup 3 menu, aku buat sambal belacan bg ada 3 gak..kih..kih


bawal hitam ni mmg saiz besar
kami mkn ber2 mmg berlebih2 sampai en garpil meratah2 dgn puasnya

en suami nk mkn masak sweet sour..
nk buat mcm biasa, bahan x berapa cukup
so, wat ala2 sambal biasa je, tp tetap ada sweet n sour..huhu



resepi sambal bawal sweet sour

bahan:

1 ekor ikan bawal- saiz besar
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos cili

bahan cincang:

1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 biji tomato

cara:

goreng ikan hingga garing
masukkan dlm pinggan- ketepikan

tumis bwg besar + bwg putih yg dicincang
goreng hingga naik bau
masukkan cili kisar
kecilkan api, biar hingga cili agak garing

lepas tu masukkan tomato cincang + sos cili
perasakan dgn garam dan gula secukupnya

tuang atas ikan yg digoreng tadi


layan gambor je la ye..
dh licin pun tinggal tulang
agak2 kalo tanam tulang tu tumbuh pokok beringin yg ada buaian tak?


ni lak menu feveret aku all de time
nk puas mmg kena buat sendiri
sbb kalo beli ada le 2-3 ketui...
selebihnya kerak2 je...

sotong goreng tepung

bahan:

5 ekor sotong saiz sederhana
1 biji telur putih

bahan tepung (satukan)

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam

(gaul sebati, x perlu bancuh dgn air)

cara:

sotong dipotong bulat dan dibersihkan
toskan atau gunakan kitchen towel utk menyerap lebihan air
gaul sotong dgn sedikit garam

masukkan semua sotong ke dalam putih telur
kemudian ambil satu persatu, golekkan ke dalam bahan tepung
buat hingga habis

panaskan minyak secukupnya
goreng hingga garing keemasan
(guna minyak yg byk utk hasil yg rangup)



8 comments:

adda syuhada said...

sedapnya menu lunch ni..mcm umah adda la gk..mesti ada 3 menu..laki adda mmg xreti kalau lauk byk2..nasib baik dia faham bini dia ni malas sebenarnya..hahahah

JaSSNaNi said...

nak gi cari sotong wat camtu gak lah.. :P ;P

laskar pelangi said...

sedap sedap.sotong celup tepung,makan dengan sos pun sodap!hik3

teratai said...

Opps ada menu tengahari kita yang sama...sotong! Cumanya saya masak sotong masak merah...

Sotong celup tepung tu sedap ratah gitu je...:)

Bicara Kak Noor said...

sedap ikan bawal tu macam nak test lani jugak....

Anonymous said...

resepi ikan bawal tadi, sos cili.. cara2 nak masak dia sos tomato, sos mana 1 tu?

Cida de' Nuanza said...

cik anonymous: tq..ada error typing..
sy dh edit
sy mmg guna sos cili
sebenarnya x kisah la guna sos cili atau tomato..ikut taste sendiri..

Wattie said...

Assalamualaikum Nuanza,
Lama tak dengar berita. Resepi yang menarik dan membuka selera sesiapa sahaja

jejak

free counters