ari ni berlepak2 je kt umah
terasa lak nk mkn kek coklat
tp x mo yg bertopping bagai
so, aku just buat dlm cup
sbb ada lg 1/2 peket cream cheese, aku pun wat ala2 black bottom
kena plak rasa coklat n cheese..
simple...dan menarik
utk kek coklat, aku guna resepi biasa
resepi kek coklat nuanza
bahan a:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda
(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)
bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih
(satukan semua bahan b )
bahan C:
1 cawan air panas
cara:
masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti
masukkan ke dalam cup (1/2 cup)
kemudian paipkan adunan cheese di tgh2
(adunan akan naik jd 3/4 cup)
terpulang nk paipkan byk mana
bakar selama 15-20 mnt bgantung pd saiz cup dan ragam oven memasing
utk adunan cheese:
250 g cream cheese
125 gram butter
1 biji telur
4 sudu besar gula icing
pukul cheese + butter hingga kembang
masukkan telur- sebatikan
masukkan gula
pukul hingga sebati dan adunan tidak berketul
2 comments:
lebih kurang laa resepi kek coklat kita..memang nampak sedap..
Menarik. Sedap bila tergigit cheese tu kan:-)
Post a Comment