kawan2 blogger ku (

Sunday, February 3, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake

assalammm...

gud morning yg dh x berapa morning...
dh nk tghari n jap lg nk ke dapur masak tuk lunch
sblm tu, jom layan mata tgk hasil eksperimen semalam

kek ni dh lama dlm pemerhatian
tp ntah nape, asyik x terbuat..
padahal tgk resepi senang je...


sblm bakar


selepas pembakaran
masa dllm oven naik gebu gebas
pas kuarkan, mengecut skit atasnya
normal le kan utk kek ala2 sponge gini



dan katanya, kek ni ada yg dijual dgn harga yg agak mahal
semakin teruja rasa nk cuba




tekstur kek ni pastinya shiffon..
tersangat gebu dan lembut

kek ni aku copy sepenuhnya dari blog kak azlita
kak Azlita buat dlm ramekin
sgt cantik
aku ada 2 biji je ramekin...so, buat dlm cup kertas je la

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
resepi rujukan: Shyieda

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.




pon....pon...free delivery (utk jiran sblh umah ja..hak..hak)

utk kastard pun, aku guna resepi kak Azlita juga 
resepi asal dari Honey
cuma aku tambah 1/2 cawan krim putar

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah (aku guna serbuk vanila)



Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 

Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.

Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

(aku kacau atas api je...cuma kena kecilkan api, kalo x cepat hangus)



l

kek yg berpadu ngan rasa kastard
layan je tanpa kata2....

6 comments:

Najihah Shafie said...

salam kenal.. :)
waa sedapnye hokkaido cc ni..ble la nak try buat jgk ni..

Asyifa Mustaffa said...

kek nie...mmg sedap....! Gebu je...tambah plak ngan kastard tu....mcm mmg ngam je rasa dia....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun nak cuba juga kek ni... dah lama simpan resepi.. tp tunggu anak dara blk dari asrama dulu.. hihi.. nampak sedap sgt tu... kalau ada kastard pasti suka...

Sue @ Nenie said...

Salam...emm lama lah juga tengok orang duk post resipi ni..teruja gak nak mencubanya..simpan resipi dulu

amer akat said...

sedapnya... errr


btw.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

mama sara nur said...

assalam cida
sedapnyeeeeeee
dgn krim fuhhh yummy kan tp bila nk cuba jugak ni heeee

jejak

free counters