kawan2 blogger ku (

Wednesday, January 30, 2013

Ketam Masak Lemak Cili Api

assalam...

selamat mlm...
mlm ni badan rasa x sedap je...
lepas masak td, baringkan badan...
tetiba lak terlelap..

so dinner mlm ni agak kelewatan
td g pasar tani...
dh lama ngidam nk mkn ketam
wpun aku bukanlah peminat tegar si ketam, tp sesekali teringin plak

harga ketam di psar tadi, RM24 sekilo..x tau le mahal ke murah
sbb aku mmg jarang beli ketam
lgpun en garpil x berapa suka


puas gak le mkn..sbb teman se saing x berapa layan
hahahhaha...pasni leh tunggu beberapa bulan pulak kot br ngidam...
ada tdgr kata2 org, kalo nk beli ketam, beli masa bulan mengambang
so, isinya padat
mungkin suratan atau kebetulan, ketam ni mmg padat isinya...
skang kang bulan tgh penuh mengambang..hehehhe


resepinya sama je mcm org lain masak kot...

bahan2

1 kg ketam- belah 2 dan bersihkan
1 cawan santan sederhana pekat
1 helai daun kunyit- hiris
1 btg serai- ketuk
2 keping asam keping
garam secukupnya

bahan kisar:

1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
kunyit hidup
halia
cili api- kuantiti suka ati

cara:

masukkan bahan2 kisar dlm kuali
buka api- masak hingga pekat
masukkan santan, serai, asam keping, garam dan daun kunyit
sentiasa kacau hingga nampak mendidih
masukkan ketam
kecilkan api dan biarkan mendidih dan ketam masak
(sentiasa kacau agar santan x pecah minyak)




4 comments:

faa.rosli said...

sedapnya............

:: Mrs.Eady :: said...

terliur!!!!!!

dik ja said...

emmm...sedap...dah lama xmkn ketam

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

jejak

free counters