kawan2 blogger ku (

Tuesday, April 9, 2013

salju di danau rindu

assalam..

masih ada yg rindu padaku?
huhuhuhu
last update, 16 mac..bermakna lebih stgh bulan blog ni terbiar sepi

lalu kuutuskan salam rindu buat semua..
errr...mood jiwang?
tidakkk...cuma sepoi2 bahasa gitu..hihihihihi

nk kata bizi sgt2 tu, tak jugak
tp mmg agak jarang ke dapur lately ni
asyik le mencari alasan nk gi menyantap di luar...
en garpil ala2 mcm malas nk layan ragam bini...baik turutkan saja
sbb setuju atau tak, tetap tak akan masak..ekekekkeke



layan saja lah gambar ni
buat minggu lepas di kala bersendirian melayan rindu
lalu sebiji kek ini kuhadap sorang2 saja (bangga)


kek ni pernah pemes lama dah kan..
aku penah buat sekali je kot thn lepas
resepi asal: Sherry_mz

resepi utk kek aku guna resepi kek sponge dr cik mat gebu

leh tgk kat sini



BAHAN-BAHANNYA :-)


160 gram gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)


CARA MEMBUATNYA :-)


Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.

Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.


Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser.

(sy guna loyang saiz 8 inc)

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh dihidangkan...



utk cheese:



250 g cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis


- campur kedua2 bahan, pukul sebati
sapukan di tgh2 kek dan keseluruhan kek
kemudian parutkan keju cheddar ke seluruh kek


(memerlukan 1/2 buku cheddar cheese utk sebiji kek)






3 comments:

ibh_sue said...

Asslmkm
Sana sini dah buat kek ni... Sue ja ntah bila nak cuba..Memang mengguda betul lah kek ni. :)

Gee® said...

Waaaaa....sambil rindu boleh buat kek sedap yer... bestnyaaaa!

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..emmm lama juga terberkenan ngan kek nan satu ni..Tapi malasnya belum kebah2 sampai sekarang..he he he he alasannnnn

jejak

free counters