sepanjang jalan2 kt blog kekawan, ramai juga yg buat dessert sagu gula melaka ni utk berbuka
bahan2 pun simple...santan dan gula melaka mmg dh ada kt umah
so, aku just beli sagu je la
tp kat kedai yg aku g, x de lak sagu putih
aku beli je la kaler merah ni
dh mcm rupa air kopi dan susu lak kan..hihihi
tu sebenarnya, air gula melaka dan santan yg telah dipanaskan...
biasa aku wat kaler hijau
kali ni merah plak...
x kisah le kan..janji rasanya tetap menawan hati..hihi
bahan2:
1 cawan sagu- cuci dulu dan toskan
3 cawan air
cara:
panaskan air hingga mendidih
masukkan sagu
biarkan mendidih jap
bila air hampir kering, kecilkan api paling kecil (mcm masak nasi dan tutup tudung periuk)
sesekali kacau utk elak melekat
biar hingga sagu kembang seluruhnya
(tambah air skit kalo masih memutih)
kemudian, masukkan dalam penapis yg halus lubangnya
lalukan pada air paip utk buang lendir2 dan sagu kelihatan cantik berbiji2
pastu masukkan dalam bekas, sejukkan dalam peti sejuk
utk santan:
1 kotak kecil santan
sedikit garam
cara:
masukkan santan dan garam dalam periuk
panaskan dan kacau sentiasa dgn api kecil
jgn sampai santan mendidih
bila dh panas, leh tutup api
pastu sejukkan dlm peti sejuk
utk gula melaka:
2 keping gula melaka
air secukupnya
daun pandan
masukkan air , daun pandan dan gula dlm periuk
masak hingga gula cair
(air jgn byk sgt)
pastu sejukkan dlm peti sejuk
cara menghidang
masukkan sagu ke dalam bekas kecil
tuang santan dan gula secukupnya
*selain santan, leh gantikan dgn susu cair
tp aku lebih suka gunakan santan
bau dan rasa santan lebih umphhh utk dessert ni...
7 comments:
Selamat malam...jalan2 ke sini..ternampak sagu gula Melaka...nyaaaaman...
Assalamualaikum...cida dh buat ek...yumyum....
hrmmmm sedapnya sagu!!
Salam kenal.. Hehe smlm baru wat utk majlis buka puasa dengan student undergrad di nagoya ni.. Rupe2 nye sume tak reti nak makan sagu ni mcm mane.. Da kena ajar plak nk mkn letak sagu pahtu letak susu n air gula huhuhu...
Mamababahnkids.blogspot.com
wah, nampaknya esok kena buat ni
Untung dpt Bini mcm cida ni, rajin!
yg ni mmg layan habis...sedap & mudah nak buat.
Post a Comment