kawan2 blogger ku (

Friday, October 24, 2014

Paprik Campur

Cabaran 30 hari blogging

2) Resepi

assalam....

skang bila blk keje, masak menu2 ekspress je...
yg penting ada lauk dan sayur
bila menyusu badan, khasiat kena la seimbang...wpun xdpt full bf...

salah satu menu yg aku suka masak sejak dulu...paprik campur
yg bestnya, paprik punya bahan2nya sama mcm tomyam
so, leh beli bahan2...bahagi 2, utk jadikan 2 menu pada hari berlainan
wpun bahan hampir sama, tp rasa x sama...

tgk bahan2...mudah je kan
apa je yg korang suka..
ni antara yg ada dlm peti sejuk aku
kalo suka, leh jugak letak udang..daging
dan sayur pulak, leh tambah jagung muda...


aku guna ayam dan sotong, ni je lauk yg ada dlm stok



bahan2 lebihan dari menu tomyam sblm tu...
best kan...jimat..sekali beli, dpt 2 menu



nk buat simple sgt

1) panaskan minyak..tumis 2 ulas bwg putih yg dicincang halus + halia hiris + 2 sudu besar cili kisar dan sebatang serai yg diketuk.
2) masukkan sos cili (3 sudu), sos tomato(1 sudu), sos tiram (1 sudu)...agak2 je la jumlahnya
3) masukkan lauk2nya, ayam, sotong, udang (kalo daging rebus dulu)
4) bila ayam dh nampak empuk, masukkan sayuran..leh guna keret, bunga kobis, jagung muda(aku xletak) dan tomato belah suka hati. masukkan 2 helai daun limau purut yg dikoyak rabak.
5) ejas rasa garam, gula... masakan ni akan rasa masam (dr sos tomato), manis skit, masin, pedas skit.
leh tambah hirisan cili api jika suka...


hasilnya, berbaloi2...1 menu yg lengkap


jom buat!

3 comments:

Mila Ahmad said...

terliur tengokkk nyum nyummm

Bbwana adienia said...

wana pun suka makan paprik ni..sedap..lama dah x makan..huhu..

Cik Iput said...

Sedap...boleh cuba ni...

jejak

free counters