kawan2 blogger ku (

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya

assalam...

dah seminggu rasanya x update blog...
mmg kebizian yg ketara minggu ni...

menyiapkan semua tempahan cookies...
dan ambil masa skit siapkan utk sendiri punya...

alhamdulillah..semua siap pada waktunya...
ari ni dh nak blk kampung...
akan bertolak bila2 masa dari skang....

ni antara cookies aku tahun ni....


biskut bebola cornflakes ni 1st time buat thn ni...
resepi asal dari kak Ummi Kuantan kat sini
cuma aku gandakan bahan dan tukar dalam gram
thanx ye kak...
tumpang letak resepi kat sini ye..





BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi asal: Ummi @ Home Sweet Home

1 cawan butter / 250 g
1 cawan gula kastor / 180 g
2 biji telor kuning
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
2 cawan tepung gandum- 250 g
1/2 cawan tepung jagung- / 60 g
4 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.




aku buat sekali 4 adunan..ngeh2...
mmg sedap biskut ni..
rangup kt luar dan gebu kat dlm...
mcm ala2 kek kt dlmnya...

x menyesal cuba...


ni feveret cookies all de time la...
dh 5 thn aku buat jual kuih ni
dan mmg top 1...

utk resepi, klik sini


biskut snow almond ni pun feveret aku gak..
sbb ada rasa coffe kat dalamnya...

semak aje resepi kat sini..


yg ni feveret penempah2 cookies aku...
aku kureng skit sbb agak manis
tp kalo kurangkan madu, x menjadi le, sbb konplek tu akan relai...

kalo nk cuba, tgk resepi kat sini
utk hiasa, leh guna apepun, spt badam cincang, kismis, buble rice...




biskut mmg mmg rangup!!
dan yg paling best, tanpa telur..
saja je ari tu nk try buat x letak telur...
tp x mengecewakan...





biskut coklat chip tanpa telur

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram mentega - nk sedap guna anchor atau scs
150 gram gula perang @ soft brown sugar
1 camca teh esen vanila
100 gram coklat chip
50-100 gram badam, panggang dan cincang kasar
50 gram tepung jagung + 300 gram tepung red rose (atau tpg gandum) + 2 sudu teh emplex + 1 sudu teh baking powder- satukan dan ayak

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula perang hingga gebu,
tambah esen vanilla.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata.
Ambil lebih kurang 1/2 camca besar adunan, bulat2kan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit agar x terlalu tebal. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 10-12 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


yg ni asalnya nk buat samperit...
tp sbb tension kelopak samperit asyik patah, aku transform kan jadi biskut sarang semut
hehehe..
so, resepi ni aku guna resepi biskut samperit @ dahlia en mat gebu



BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)


Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
ok..settle semua cookies...

di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun maaf dari semua pengunjuang- Sepanjang Jalan Kenangan
mungkin ada terkasar bahasa yg tidak di sengajakan..
atau ada kata2 dlm ni yg mengguris hati sesiapa...
sayang sgt ngan korang...


Selamat Hari Raya..
dan selamat balik kampung.. 
jumpa lagi!


4 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat hari raya maaf zahir batin
byk biskut raya, nanti blh jalan2 ke Putrajaya ye he he
kalu blk kg hubby dtglah ke ijok sekali ye calling2 nanti k

Miss PIJAOSIX said...

Salam..

Selamat hari raye....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

syoknyer nak blk kg dah arini? berhati2 di jalan raya ye... kalau en. garpil ngantuk sila take over.. hehe...

salam aidilfitri buat shieda & akak mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang berkawan di alam cyber akak pernah terlanjur kata & buat hati kecil shieda terguris.. maaf byk2 ye...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Idil Fitri dan Maaf Zahir Batin

jejak

free counters