kawan2 blogger ku (

Monday, November 12, 2018

Teh Tarik Place Putrajaya

Assalamualaikum

Harini kami lunch di luar opis. Tempat pilihan kami harini adalah Tea Tarik Place Ayer8 Putrajaya. Sebenarnya ni bukan kali pertama kami ke sini...memang dah banyak kali sebab Tea tarik kat sini memang sedap lemak merdu

Harini hakak order Nasi Goreng Ayam TTP. (Stand for Tea Tarik Place)


Alhamdulillah...sedap...xde la rasa pelik ke apa ke...huhu...boleh diterima tekak village hakak ..hihihi


Sedap kan nampak mee goreng ni...ni kawan hakak order...sebelum ni hakak pernah order, ok je...sedap...



Megi goreng ni pun nampak sedap. Tapi lupa lak nak tanya kawan hakak, sedap ke idok...hahaha



Hakak punya air dah tentu Tea tarik buih2 tu...hahaha...cuma kali ni frust gelas kecik .Lepas ni kalau datang kena request gelas besar. Baru layannn 


Salah satu kelebihan kedai ni adalah dekorasi santai begini. Memang sesuai untuk santai2 sembang2 dengan kawan2...huhuhu




Keseluruhan bagi tempat ni adalah memuaskan
Untuk makanan hakak bagi 3.5 bintang
Untuk teh tarik hakak bagi 5 bintang...haha
Untuk dekorasi kedai 5 bintang


Harga pun ok2 je la... Mahal skit la dari food court...




Ni pemandangan dari dalam kedai kalau duduk di tepi dinding kaca....

Salam dari Putrajaya...

Thursday, November 8, 2018

Madu bersarang

Assalamualaikum

Ada yang biasa makan madu bersarang?
Try la makan uolsss... Nikmatnya lain macam
Hakak sebenarnya bukan penggemar madu
Kalau sesekali terambil pun, hakak larutkan dalam air, baru minum

Dah lama hakak dok terliur dengan iklan madu sarang ni ..merecikkk..hahaha
Dah lama juga trending...cuma hakak je baru berkesempatan mencuba... Ok la kan dari korang yang lom cuba tu...Kui...kuii...

Ada sekali tu, hakak g Alamanda, ada yang jual madu ni .harganya memang wowww... Tapi teringin sangat-sangat nak rasa. Hakak beli sepotong kecil, RM25...  Bila kunyah, adoiii... Sedapnyalah....

Lepas sebulan tu, baru hakak ulang beli terus yang besar... RM110 sebekas...huk..huk.. lalu hakak tidak berniat nak kongsi dengan sesiapa...makan sorang-sorang...hahahaha

Maka betullah kata pepatah, habis madu sepah dibuang...
 Tak koser hakak nak telan sepahnya...
Lagipun katanya xelok ditelan sepahnya tu, tak baik untuk penghadaman perut ..

Oh ye...mungkin ada yang 'yerk'
Boleh kunyah macam tu je ke ..
Iya..potong kecil dan suap mukut..pastu kunyah
Kunyah...kunyah...sampai tinggal sepahnya...

Gitu lah...

Jangan lupa, gunakan sudu plastik atau kayu
Jangan guna sudu besi 


Sunday, November 4, 2018

Bubur butir nangka

Assalamualaikum

Bubur biji nangka permintaan dari maktok

Hakak pun xbiasa buat, tapi zaman sekarang kan Google apa saja...semua ada..hihi..cuma ada lah hakak ubah2 sikit sesuai citarasa sendiri

Hakak buat kuah santannya pekat2 skit...tbah tepung beras .  Kalau cair rasa macam tak puas.. 




Makan panas2 sedap
Makan sejuk2 pun sedap ..



Untuk doh butir nangka:

1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Air kisar daun pandan secukupnya
( Hakak guna pandan emulco)

Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam
Masukkan air pandan sikit2 sampai jadi doh yang tak melekat di tangan

Panaskan air dalam periuk hingga mendidih
Cubit adunan, bujur2kan, masuk dalam periuk
Buat sampai muat2 periuk
Tunggu adunan timbul menandakan telah masak 
Kadang2 adunan melekat di periuk, godek2 sikit guna sudu..kang sampai sudah lak tak timbul2

Kaut adunan yang timbul guna penapis, masuk dalam bekas yang berisi air utk elakkan depa melekat sesama sendiri



Untuk kuah santan:
(Citarasa hakak)

1 kotak santan kara
2 kotak air kosong
Secubit garam
Gula secukup rasa ( hakak letak 3 sudu besar)
1 sudu besar tepung beras bancuh dengan air sikit- ini untuk pekatkan kuah ala2 berkrim. Boleh abaikan kalau nak cair2 ja ..

Masak semua bahan api kecil sampai sedikit berkrim atau sehingga mendidih kecil. 

Masukkan butir nangka. Biar jap. Siap ..

(Kalau guna santan asli, xperlu tambah air pun ok... Sebab hakak guna santan kara, agak pekat, so hakak tambah air. Mak tok pun request xnak lemak sangat)

Monday, October 15, 2018

Kuey Teow Goreng

Assalamualaikum

Malam ni layan k teow goreng ja sebab memasing tak ada idea nak makan lauk apa...

Simple seperti biasa

2 bungkus k teow
Semangkuk kerang
2 biji telur
Tauge/ kucai
Fish kek kalau suka
1 sudu besar serbuk cili campur air jadikan pes
Kicap pekat secukupnya
Minyak seasoning maggi 2 3 titis
7 ulas bawang putih tumbuk halus

Panaskan minyak
Masukkan bawang putih sampai sedikit garing
Masukkan cili pes. Sebatikan
Ketepikan cili sedikit ke tepi kuali, masukkan telur
Biarkan telur masak sebelum dikacau 
Masukkan beberapa titis sahaja seasoning oil
Masukkan k teow, kicap, 1 sudu serbuk cukup rasa, sebatikan
Masukkan kerang, fish kek, tauge dan kucai
Sebatikan

* Tak perlu garam, cuma tambah kicap kalau xcukup masin



Sunday, January 28, 2018

Catatan perjalanan di Muar

Assalammualaikum

Kami menerima jemputan perkahwinan di Batu Pahat. Tapi hubby suggest kami tdo Muar sehari sebelum majlis. Hakak layankan aja...ye la...nak berjalan sapa xsuka kan...hihihi


Perjalanan kami dari Putrajaya ditemani hujan disepanjang perjalanan. Alhamdulillah sampai di Muar dalam kul 3. Terus ke hotel yang hakak memang dah booked sebelum tu di Trivago. Kami menginap di Hotel Traders



Tak rugi rasanya menginap di hotel ni. Harga berbaloi. Bilik yang kami tempah deluxe queen. Cukup selesa untuk kami 3 beranak. Katil tu asalnya single bed...kami cantumkan. Jadi la besar mcm king....hihihi

  
Ni pemandangan dari tingkap bilik...
Cantik sangat kan....



Suasana dalam kafe. Hari yang kami pergi, ada nasi lemak, bihun goreng, cereal, bubur nasi, roti bakar n buah2. Ok la...xbanyak pilihan tapi semua menu tu ok bagi kami. Nak makan banyak mana la sangatkan...hihi


Di ruang kafe, Ada pintu yang menembusi balkoni. Pic di atas di snap dari balkoni kafe... Suka sangat susana macam ni....

.


Dah penat berjalan, singgah isi perut. R amai betul org kat kedai ni... Hakak makan mee bandung. Sedap tp manis skit. Ye la...hakak kan tekak utara...hihi. Hubby layan sup kambing. Orang2 sini rata2 layan sup dengan roti. Tapi kami xpandai layan mcm tu. Hubby makan sup kambing dengan nasi lemak. Hahahha...opsss... Gambaq lupa snap

Esoknya, kami gerak ke Batu pahat, weddings day....maka tamatlah kisah kami di Muar. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi...mungkin menginap di hotel yang sama...bilik yang sama...trivago...haha....

Monday, January 23, 2017

Kerabu Kaki Ayam


Assalammualaikum...

Assalam

Kerabu kaki ayam ni menu biasa2 tapi mampu menghabiskan nasi seperiuk (pada yang menggemarinya)

Cuma hakak ada skip beberapa bahan sebab tak suka agak serabut2...fokus pada bahan utama sudah la.. Haha... Tapi apa2 kerabu ala Thai begini (boleh guna sotong, udang, perut) kekuatannya adalah pada rasa masam, masin, pedas dan sedikit manis yang tidak berlebihan. Selain itu, penggunaan sos ikan / sos sotong membantu memberi 'rasa' pada menu ini.

Ini versi hakak la Ye... Boleh ganti/ubah/tambah apa2 bahan sesuka hati anda ye... Tiada kesalahan tiada hukuman. Hakak tak guna serai, bunga kantan dan daun kesum. Anda boleh letak jika suka.


Bahan2:


1/2 kg kaki ayam direbus hingga lekang. Kemudian asingkan tulang
2 biji limau kasturi- ambil jusnya
4-5 titis sos ikan

Bahan hiris:


Sebiji bawang
Cili merah/ cili api
Tomato
Serai jika suka
Bunga kantan & daun kesum jika suka
Daun ketumbar (akak guna daun sup sehelai2 tak hiris)


Cara

Campurkan semua bahan. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa mengikut citarasa memasing ye...






cadangan hidangan...hahahah






nyum2 kannn




Ayam Masak Merah



Assalammualaikum...


Ayam Masak Merah

1 ekor ayam- goreng

bahan tumis:

1 biji bwg besar-hiris bulat
2 ulas bwg putih-hiris
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

bahan kisar:
1 genggam cili kering- rebus dan toskan
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 biji tomato masak
sedikit halia

Tambahan:

Sedikit santan pekat dalam 2-sudu besar
2 batang serai- diketuk

cara:

- goreng ayam dan ketepikan
- guna minyak yg sama, kurangkan skit jika perlu, tumis semua bahan tumis. Kacau hinga agak kekuningan dan bau wangi. kemudian masukkan bahan kisar dan sedikit gula. kecikkan api, masukkan serai ketuk dan biar hingga pecah minyak...
- kemudian masukkan santan , biar sedikit kering , masukkan garam
-masukkan ayam. sebatikan
- biarkan sebentar sblm angkat



jejak

free counters