salam....
rasanya, ni 1st n3 selepas raya kan....
biskut raya kat bwh tu pun dh lemau agaknya....eheheeh
ter amat la malas nk update blog skang ni....
mlm ni, aku cuba kumpul sedikit kekuatan utk masuk n3 ni
sebenarnya, dh lama wat soto ni...minggu lepas kot...
wat utk kekawan yg dtg beraya kt umah...
so, jom la tgk resepinya....
Bihun Soto
Bahan2:
1 ekor ayam -
1 bungkus mihun (dicelur)/ mee / nasi impit
20 ketul bergedel- (resepi di bawah)
3 tangkai daun bawang (dihiris)
3 tangkai daun sup (dihiris)
segenggam tauge
Garam & air secukupnya.
Bahan 1 Dikisar:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil lada putih
Sedikit lengkuas, halia & kunyit hidup
1 batang serai
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 bungkus rempah sup
Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi
½ cawan kicap manis
1 sudu kecil gula pasir
1 ulas bawang putih
celurkan cili padi dengan kuah soto & kisar dengan bawang putih, campurkan kicap & gula)
Cara2:
Masukkan Bahan (1) dalam periuk yang berisi air secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam & rebus hingga empuk.
Angkat & toskan.
Kemudian siat-siatkan daging ayam ini.
Tulang-tulang ayam tadi dimasukkan ke dalam periuk rebusan.
Bubuh garam secukup rasa & biarkan merenih.
Apabila menghidang, masukkan sedikit mihun / mee / nasi impit ke dalam mangkuk.
Bubuhkan isi ayam, bergedel, daun bawang, daun sup, bawang goreng & tauge.
Kemudian tuangkan kuah soto secukupnya & bubuhkan sos kicap.
begedil pun 1st time buat...alhamdulillah..menjadi gak...
Bahan-Bahan A (rempah tumbuk)
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil ketumbar
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil garam (lebih elok garam kasar)
sedikit serbuk perisa (jika mahu)
Bahan-bahan B
200 gram Udang Basah (aku campur ayam separuh)
6-8 biji kentang sederhana besar
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar daun bawang
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak (untuk di sapu pada tangan ketika menguli nanti)
Bahan-Bahan C
1 biji telur
sedikit lada putih(sulah) - secukup rasa
Minyak untuk mengoreng kentang dan kemudian begedil (dalam setengah cawan)
Cara-cara Memasak
sumber:
- Bahan-Bahan A ditumbuk hingga lumat. Ketepikan.
- Kentang di kopek kulit dan di potong serong (berbentuk "wedges").
- Goreng deep-fry hingga garing.
- Apabila mengangkat jangan toskan minyaknya, angkat terus kedalam mangkuk tahan panas.
Minyak dari gorengan kentang tadi akan membantu dalam proses mengadun begedil itu nanti.
- Tumbuk kentang yang masih panas didalam lesung batu. Tidak mengapa jika masih ada bekas rempah tumbuk. Jangan gunakan food processor atau blender kerana kentang akan menjadi terlalu halus dan tidak sesuai dibuat begedil. Ketepikan.
- Udang dikopek kulit hingga bersih dan ditumbuk lumat. Boleh juga menggunakan food processor.
- Bahan A(rempah tumbuk) dan Bahan B disatukan di dalam mangkuk dan di gaul hingga semua bahan sebati menjadi doh menggunakan sudip kayu.
- Ambil sedikit minyak masak dan sapu pada tangan anda. Ini untuk mengelak dari doh melekat. Ambil sedikit doh (dalam satu sudu sup) dan bulat-bulatkan menjadi bentuk bulat kemudian di leperkan (supaya begedil masak, jika bulat dan tebal takut tidak masak).
- Setelah siap semua begedil di bentuk, ambil satu biji telur, di kacau hingga sebati bersama sedikit lada sulah.
- Panaskan kembali minyak di dalam kuali yang digunakan untuk mengoreng kentang tadi.
- Celup dan salutkan begedil dengan bancuhan telur tersebut.
- Api jangan terlalu besar supaya begedil tidak hangus. (aku guna api yg paling kecil) Goreng dalam 5-6 biji sahaja sekali mengoreng. Angkat dan toskan.
http://yokmakan.blogspot.com/2009/03/begedil-udang-hajah-marfoa.html