bahan2:
1/2 ekor ayam- potong kecil
1 kg kerang- rebus dan kopek ambik isi
2 peket kecil rempah kari ayam (aku guna babas)- bancuh ngan air jdkan pes
2 cawan santan sederhana cair
2 biji kentang- potong kecil
2 keping asam keping
sebungkus tauhu kering- kerat 2
bahan tumbuk:
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inc halia
(lepas tumbuk, campurkan ke dalam pes kari)
bahan tumis:
1 biji bwg besar- hiris
2 ulas bwg putih- hiris
1 tangkai daun kari
bahan2 hiasan:
fishball/fish kek- celur
sawi- celur
tauge- celur
cili merah- hiris
bwg goreng
cara:
panaskan 1 senduk minyak
masukkan bahan2 tumis
biar hingga kegaringan
masukkan pes rempah kari + 1/4 cawan air
biar hingga rempah garing dan masak
masukkan ayam + kentang
tambah 1/2 cawan air
biar hingga mendidih
bila kentang empuk, masukkan santan dan kerang
masukkan juga tauhu kering
masukkan perisa + asam keping
biarkan mendidih
(jika ada tauhu kering, boleh di masukkan sekali ke dalam kuah)
* kalo x nak letak ayam dlm kuah pun boleh
rebus atau goreng ayam hingga masak, racik2kan..
letakkan atas mee ketika hidang
bahan2 utk tabur dia atas mee
pernah juga nampak ada org letak telur rebus gak utk hiasan atas mee...
so, terpulang la pada selera memasing..
notajarihantu: bila ditelek2 dlm blog ni, rupanya pernah gak aku wat mee kari dedulu...
dh hampir x ingat..heheheh...cuba tgk sini