bosan juga bila pikir menu nk masak kan...
sesekali mmg layan menu kedai atau pasar mlm je la...
tp kalo selalu sgt, jemu gak...
ari ni menu bertukar pd daging
jarang2 aku masak daging ni...
tp terasa lak nk mkn masak hitam mcm umah kenduri..heheheh
nape tajuknya ada prune?
sebenarnya resepi ni aku penah intai dlm 1 majlis kawin
tp masa tu diorg guna kismis hitam yg di kisar halus
sbb xde kismis, aku letak je prune
so, x perlu dah penggunaan gula di dalamnya...
hitam melekat..hehehehhe...
masa mkn, feel mcm umah kenduri..tp layan ngan nasi putih je pun.. :-P
daging hitam manis prune
bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang- potong dadu besar dan rebus hingga empuk
1/4 cawan kicap pekat
10 biji bawang merah-hiris halus
1 keping asam gelugur
bahan rempah kering:
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil ketumbar
bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering- di rendam hingga lembut dengan air panas
sedikit halia
2 biji prune (ikut kemanisan yang disukai)
(kalo x nk guna prune, leh gantikan ngan gula merah secukupnya)
bahan rempah tumis:
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
cara:
1) Goreng bahan rempah kering ke dalam kuali tanpa minyak terlebih dahulu. Sejukkan dan kisar kering hingga halus
2) Panaskan 2 senduk minyak, masukkan bawang merah yang dihiris, goreng hingga keperangan (menjadi bawang goreng)
Angkat dan ketepikan
3) Dengan minyak yg sama, tinggalkan 1 senduk sahaja, masukkan bahan rempah tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar
Biarkan 3 minit
4)Masukkan bahan rempah kering dan gaul sebati- Biar 5 minit dengan api yang kecil (tambah sedikit air jika perlu)
5) Masukkan daging rebus , asam gelugur dan kicap pekat. Biarkan sebati dan kuah agak pekat. Tambah kicap jika perlu
6) Rasakan juga manis dan masinnya, tambah gula dan garam jika perlu
6) Bila kuah telah kering secukupnya, masukkan bawang goreng, dan gaul sebati sebelum tutup api.
**penggunaan bawang goreng dlm resepi ni membuatkan masakan ni jadi sedapppp...
tp x digalakkan guna bwg goreng yg segera tu ye...x layan....
No comments:
Post a Comment