masa mengupdate blog semakin suntuk skang...
terpaksa bertangguh entry
menu semalam kena update ari ni...
sebab lepas berbuka, sibuk ngan kukis..
ni menu berbuka semalam
simple kan
masak pun sekejap je
kerabu kerang ala utara n masak lemak perut campur cendawan
tp utk entry ni, aku nk story pasal masak lemak perut dulu
kerabu kerang next entry okeyy...
perut ni aku beli kat opis
ada jual2 sempena hari industri asa tani
agak fresh gak la
pastu terasa lak nk buat masak lemak ni campur cedawan
bahan:
semangkuk perut- dihiris dan direbus sekejap
sepeket cendawan
1 batang serai- diketuk
1 helai daun kunyit- dicarik
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
bahan tumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili api
kunyit hidup
1 biji bwg besar
masukkan semua bahan (kecuali cendawan) ke dalam kuali
masak dengan api kecil
perasakan dengan garam
akhir, masukkan cendawan
2 comments:
Tak pernag buat perut masak dengan cendawan. Mesti marvelous kan... Tengok kuah pun dah tahu superb. Perghh!!!! Sabar..poso nieh.
masak lemak memang sedap kan ;)
Post a Comment