kawan2 blogger ku (

Saturday, July 6, 2013

Ayam Masak Merah

assalam...

salam hari sabtu
ari ni cuaca agak mendung
kul 12 dh hujan di bumi Putrajaya...
skang ujan dh reda tp ala2 mendung je...

so, ari ni masak makan kt umah je...
ptg2 skit kalo cuaca ok leh la kuar jalan2 cr pasal


cuma ada stok ayam dan 3 ekor ikan kembong dlm peti sejuk
tanya en garpil, dia nk makan ayam masak merah
so..on je la..bahan2 pun ada
mmg kalo ayam, masak merah le paling kerap aku masak



1/2 ekor ayam- potong dan goreng

3 sudu besar susu cair (utk naikkan lemak)

daun bawang





bahan tumis:



1 biji bwg besar-hiris bulat

2 ulas bwg putih-hiris

kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
1 keping asam gelugur


bahan kisar:

1 genggam cili kering- rebus dan toskan
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 biji tomato masak
sedikit halia
2 btg serai- hiris
sedikit lengkuas

cara:

- goreng ayam dan ketepikan
- guna minyak yg sama, kurangkan skit jika perlu, tumis semua bahan2 tumis, kacau hinga agak kekuningan dan bau wangi. kemudian masukkan bahan kisar. kecikkan api, biar hingga mendidih atau pecah minyak...
- masukkan susu , biar sedikit kering , masukkan gula , asam gelugur dan garam
-masukkan ayam - sebatikan
- biarkan sebentar sblm angkat

(boleh tabur dgn hirisan daun bawang kalau suka)






1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum cida wah2 mengancam btul ayam masak merah Cida ni.Uj pun dh lama x msk aym masak merah ni...teringin jugak..bole cuba resepi Cida...

jejak

free counters