kawan2 blogger ku (

Friday, July 5, 2013

Nasi Lemak

assalam....

memalam ni, nafsu mkn membara...
nafsu kalo di layan, gini la
tp sesekali layan gak manja2..hihihi


bila dh teringin sgt2 nk mkn nasi lemak...time2 tu gak nak
x leh nk tunggu esok pagi dah pun
memandangkan santan baki dr masak lemak udang ada lg 1/2 kotak, so cun le kan
bahan2 mmg sedia ada je kt umah...


nasi lemak:

2 pot beras- cuci bersih
2 pot santan sederhana cair

bahan hiris:

1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
sedikit halia
serai- ketuk

cara;

masuk semua bahan dalam rice cooker
masak seperti biasa hingga nasi masak

(kalo nasi masih kelihatan mentah selepas api padam, renjis2 air skit, dan on blk periuk)

bahan sambal: 

(sambal kosong atau leh letak ikan bilis kalo suka,
tp aku lebih suka sambal kosong dan ikan bilis goreng..
utk perisa, aku letak ikan bilis dlm bahan kisar, dan sejemput lg dlm sambal aci2 nampak tak nampak je..hihi)

segenggam cili kering- rebus dan toskan
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
sejemput ikan bilis- cuci bersih

(kisar semua bahan kat atas)

1 biji bwg besar- hiris

cara;

panaskan minyak (aku guna minyak yg goreng ikan bilis)
masukkan bwg hiris- biarkan naik bau
masukkan bahan2 kisar
biar hingga cili masak dan pecah minyak
perasakan dgn gula, garam dan air asam jawa

4 comments:

norhanim md zain said...

sedap sedap..akak pun suka makan nasi lemak yg di buat sendiri...ditambah dengan sambal yg manis pedas..

ibundo said...

uish... tak tahan!!

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Cida
akak tgk pun nafsu lapar terus datang he hee sedapp nampak nasi cida ni layan nasi lemak sekali sekala ni ok
kalu pagi memang tak sanggup takut ngantuk he hee tp malam sure blh kasi tido lena kekenyangan

Anonymous said...

Assalamualaikum Cida wah makan nasi lemak malam ni ek...yumyum...=)

jejak

free counters