kawan2 blogger ku (

Tuesday, October 4, 2016

Apam Pisang

assalammualaikum


hari ni hakak nak cerita pasal apam pisang comel...
antara apam yang hakak paling suka buat sebab sedap bagi tekak kekampungan hakak...

nak buatnya pun senang hamat...macam uols buat cekodok, cuma tambah minyak dan baking powder sahaja

lepas tu masuk acuan comel2, kukus saja
kalo rasa malas, boleh ja masuk dalam loyang ..so jadi ala2 kek pisang kukus la


untuk 1 adunan resepi ni, boleh dapat antara 30 - 35 biji saiz acuan lompang
sangat sesuai untuk buat bekal anak dan bapak kepada anak juga


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Apam pisang
sumber: belum diketahui pemilik asal. akan dikemaskini kemudian
olahan- Dari Dapur Nuanza

8 biji pisang emas masak ranum
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan minyak jagung / masak
4 biji telur gred b
1 ½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Cara
--------
Panaskan pengukus

1) lecek pisang hingga hancur- ketepikan
2) satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Ayak. Ketepikan
3) Masukkan telur, minyak gula perang dan garam kedalam pengisar (Blender biasa). Kisar sebati hingga adunan jadi berkrim.
4) satukan adunan kisar dan pisang. Sebatikan
5) Masukkan tepung. Kaup balik hingga sebati
6) isikan adunan dalam acuan kecil hingga ¾ penuh. Kukus selama 15 minit
============================

* jika mahu apam pisang yang nampak berurat, pisang perlu di lecek sahaja. Jangan kisar atau mixer
* guna pisang ranum
* gula perang boleh gantikan dengan gula pasir biasa




1 comment:

norhidana said...

comei nya apam pisang tuh

jejak

free counters